Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

9

kenapa nak makan kulit, kalau yg enak itu isinya?

(disclaimer: artikel ini tidak berkaitan spesifik untuk mana2 pihak, ia adalah artikel yg umum kepada semua lapisan masyarakat. gurauan2 diselit supaya artikel tidak bosan. tidak berniat untuk menjadi 'tidak berhemah')

selamat sejahtera kepada semua. masyaAllah. dah lama x update blog buruk ni. saya sudah bosan dengan dunia ini. bla3 bla3. kef haalak ya 3ammu?
jadi artikel kali ini adalah berkenaan, upholden unsung sudden unintentional kontroversi yg aneh. satu keajaiban dunia yg tidak asing lg. isu tegur menegur...
pada satu hari, sang kancil berjalan2. sang kancil log in facebook. dalam facebook beliau lihat macam2 kemungkaran berlaku. oleh kerana berpegang kepada naluri hidup, basic instinct amar ma
kruf nahi mungkar dia menulis 1 status yg berbunyi;

"tonggek sana tonggek sini. upload facebook. hott dunia akhirat. 'market value' pon da turun becoz every1 can see ur everything so whats left for the husband to see?"

huraian maksud status : tonggek : salah satu posing yg mengancam.
hott dunia akhirat : demi Allah hott nak mampos di dunia, nauzubillah di akhirat akan 'hot' jua nanti. ini bukan saya kata, ini janji Allah. siapa saya untuk menghukum.

so wahai rakan2 umat islam yg dirahmati,
sila beritahu apa salah saya jika niat saya untuk menegur itu ikhlas? bad timing? kalau saya biar lg lama, lebih ramai yg melihatnya. kata2 kesat? wallahi ini keras,strong, bukan kesat. kesat ialah mengh
ina org2 tertentu dgn mengatakan sesuatu yg figuratif, seperti pendek, gemuk, bodoh, bangang, anjing, dan sebagainya. sesungguhnya rasulullah pon menggunakan perkataan2 yg keras, seperti celaka, laknat, dan sebagainya. adakah rasulullah menggunakan perkataan kesat? masyaAllah tidak, ia cuma strong words kerana ianya benar. boleh terima?
agak2 jika saya guna perkataan yg cheesy seperti " tutup lah aurat anda semua nescaya diberkati Allah" agak2 ada org bc x?

Kenapa kebanyakan manusia sangat suka bila dipuji melangit, terkodek2 mengomel, tapi sama sekali tak boleh menerima bila ditegur? Teguran yang ikhlas, berasaskan kebenaran. Perlukah saya membabi- buta menyokong semua tindakan dan istilahnya kiss-ass seseorang sedangkan saya lebih mementingkan kebenaran? Yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. Marah tu bara api neraka. Bila org marah2, salahkah bila kita cuba tenangkan dengan benda yang benar? Bukan semua benda benar tu sedap didengar. Tapi kebenaran kena ditelan shekh. Kenapa letakkan ego atas kepala? Menegur dengan berhemah? Pihak2 yang terlibat ni tahu ke nada suara saya kalau perkataan yang saya tuliskan tu diucapkan dengan lidah?

ok , marah itu datang dari syaitan. sila jauhkan diri anda dari syaitan. ok sekarang juga, sebut ramai2 ye a3uzubillahi minassyaitaanirrajiim.

sekarang mari kita masuk part teor
i2 genius interview oleh kajian pakar budak2 saiko irbid datuk duktur tan sri tuan2 dan puan2 prof apai urduni (dari episode2 lepas ).

6 jenis "hek eleh" apabila seseorang di tegur dan dipengaruhi syaitan:

1. hek eleh macam la dia alim sangat!(dan sewaktu dengannya)
golongan ini sangat bahaya. pa
ntang tok nenek dia ditegur oleh org yg tak alim. golongan ini memerlukan org yg betul2 sempurna seperti nabi baru lah layak untuk menegur.

2. hek eleh dia nak dapat perhatian saja
tu.
golongan ini sgt sedih. mrk lebih mementingkan status hot mereka. seperti kebiasaan college boys and girls. sedangkan si penegur itu sudah hot sejak azali dan tidak memerlukan perhatian dan kasih sayang kerana girlfriend nya cun nak mampos berbanding awek2 lain. gurau saja.
3. hek eleh dia jeles la tu.
4. hek eleh ko sape nak tegur aku

5. hek eleh tegur cara berhemah bole tak
6. hek eleh macam ni ke kawan

nampak tak macam mana syaitan yg genius outer, dia tahu dia salah, tp guilty tersebut di outer dari satu benda baik, ke sat
u benda yg pelik?
what the hell kan. tak boleh ke bukak mata luas2, kenapa org tu tegur kamu? apa salah kamu sebenarnya? korek dalam2. selama ini apa yg kamu buat. kenapa sampai macam ini sekali. kenapa aku tak takut mati. kenapa aku tak takut neraka bila org menyebutnya. kenapa aku lebih takut dengan kejatuhan status dunia berbanding di akhirat nnt.. kenapa aku malu dengan ma
nusia lebih dari aku malu dengan Allah?..Allahuakbar

demi Allah yg menciptakan alam, Allah lebih menyukai org yg bertaubat dari org yg tidak pernah melakukan kesalahan. bila Allah suka, manusia akan suka sekali secara automatik. dan demi Allah yg menjadikan manusia khalifah di muka bumi "tidak akan masuk syurga orang yg pada hati nya ada sombong. dan sahabat2 bertanya kepada nabi "sesungguhnya aku
memakai pakaian cantik2 setiap hari, adakah aku tergolong dari orang yg sombong. jawab nabi : tidak. sesungguhnya Allah itu cantik dan menyukai kecantikan. orang yg sombong ialah orang tidak mene rima nasihat, dan merendah2kan org lain."


sungguh saya tulis dalam keadaan menangis...astaghfirullahalazim.... sama2 doakan supaya kita tidak tergolong dari golongan yg sombong yg tidak akan dapat menjejakkan kaki syurga... nauzubillah.
mati itu suatu yg pasti, tidak kira muda atau tua. kemalangan 10.10.10, agak2 berapa org tua yg ada dalam bas tu? brp org tua yg duduk dalam kereta2 yg terlibat?
sesungguhnya org yg paling cerdik bukan einstein, bukan dokter house, bukan michael scofield, nabi cakap org yg paling cerdik, ialah org yg mengingati mati.

and as for me, and any penegur in the world, mereka tidak pernah meminta terima kasih, walaupon mereka org2 yg ada 'guts', bangun bersuara dari org2 yg buka kedai kopi dan jadi seperti kura2, menyorok
dalam cengkerang. katakan pada diri anda, aku tak cuak dengan benda salah!

wallahua3alam.

9

diabetes melitus type 0 (warning perlu bc dengan hati yg mulia tanpa kepala otak kuning)


assalamualaikum dan selamat semua nya.
ha tudia. da lama tak menulih ni maka pensil suda tumpol. akan tetapi atas permintaan ramai dan germit ( sharpener) maka sy cuba berlipur lara di sini.

pasai apa serta bakpo nyo tajuk macam ni? entry kali ni kita cerita pasal darah manis =) tajuk hangat serta sensasi di peringkat umur sy ketika ini. org tu darah manis org ni darah manis hai pakat diabetes abeh budak2 irbid ni. amboi amboi amboi. sebenarnya 1st time selama umur sy ini pertama kali dgr istilah darah manis, dgr dr ustaz sulaiman menyifatkan teman selutut kiok saya. tnya pnya tanya darah manis ni maksud dia nak nikah. la ilaha illAllah igtkan apa la nasib malang dahla lutut pele0t, kencing manis plak tu =p

jadi, apa yg sy hendak bawa disini ialah alhamdulillah. bagus darah2 manis ni! kerana apa?

“Wahai sekalian para pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang memiliki kemampuan untuk
berkahwin maka dia hendaklah bernikah kerana sesungguhnya ia dapat menundukkan
pandangan dan memelihara kemaluan.”- Hadis sahih riwayat al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no.1400.


kita semua tahu betapa bestnya kawen2 ini. saya sangat respek wa salute terhadap org yg dapat kawen awal ini.
tp ada pula sesetengah org yg memandang slack atau org kot utara kata tgk cemey terhadap org2 yg kawen awal.
"apa barang lu kawen awal2 der, enjoy la hidup dulu beb. bujang sekali sajor!"
pertama2 kali, aku cukup takleh menerima org pakai der2 ni. hek eleh cool sgt ke adnan sempit tu. sorang 2 pakai sudah la tayah la 1 malaysia nak "ber der der".
ok kembali pada tajuk.
salah tanggapan kamu, mungkin itu betol bg kamu. tp ketahui lah, nafsu bg setiap laki2 mahu perempuan tak sama semua nya. mungkin kamu leh kontrol tp org lain? islam itu begitu indah mencipta kan nikah kahwen sebagai jalan yg benar. gelora di jiwa manusia siapa tahu. lebih2 lg berada di negara jordan tercinta ini. pompuannya cantik ibarat bidadari yg kena reject dr syurga lelaki nya hensem ibarat rambo jatuh ke riba. eee apai gatai. hek eleh jgn tipu la oi. tgk dri sendiri la jgn tgk org.

jadi advantagenya kahwen ni seperti hadis diatas dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan insyaAllah kheir. riwayat dr ustaz sy dalam 1 kelasnya menceritakan ada pon satu ketika nanti ditengah jalan terlihat juhi chawla ( zaman tu yg ni la cantik pon kan) makanya bila sudah ada isteri maka diingati isteri tersebut serta se balik nya ke rumah maka boleh la dilepaskan beban didada terhadap isterinya tercinta. kalakian adapon paham2 la ya cerita telah tamat.

adapun beberapa bulan lepas sy pernah megikuti "forum perkahwinan" gitu2 la tajuk nya di mafraq anjuran BKAN kedah.
antara kelebihan lg yg diceritakan oleh ahli panel ialah, kamu dapat menikmati keremajaan kamu halaaaalan toyyiban.
ia lah, siapa tak suka epal muda? manis serta rangup dimakan. kalau simpan lama2? basi, buruk serta busuk agak2 sp yg nak? datuk2 tan sri2 pon mkn epal muda. setuju?

byk lg kelebihan dan kekurangan nya sebenarnya. home work cari sendiri ya. kongsi2 la nnt kat ruangan komen.

oh ya. akibat isu ini terlalu hangat masa kini, kelihatan anak2 dara irbid tak henti2 seakan2 memberi signal kepada syabab perkasa irbid ni untuk cepat2 la masuk line (tambah2 batch2 sy ketika ini). atau bahasa simple nya gatai merenyam.
mau meremang sy lihat di facebook2 dan sebagainya.
kawan ni ckp skit, kawen. kawan tu ckp skit dia nak kait jugak2 tu nikah. "N" lah mende lah.
sebenarnya keadaan ini Baguss! ada ikhtiar jugak org cakap.. nak tunggu syabab ni berjanggut la anda.
sy bagitahu kamu satu rahsia berdasarkan kajian pakar budak2 saiko irbid datuk duktur tan sri tuan2 dan puan2 prof apai urduni. sebenarnya syabab ni cuak donut house nk memulakan dulu. kenapa? ada mungkin pengaruh tamparan tsunami "ikhtilat sifar" yg melanda batch kita dahulu semasa kita masih belum matang. sekor2 mcm tanak kawen seumur hidup, tak ade laki pon takpe etc2 bla3. maka sedikit sebanyak benda itu ter set di minda syabab2 bahawa akhawat ni "cengei" (garang) dan akan menolak pinangan2 yg ada. sekarang kelihatan akhawat2 pula yg asyik memberi signal. bagus la tu. apa lg, on la antena2 cari signal tersebut.
sy bagitahu kamu 1 lg rahsia. ada 1 code, (bukan declaration) atau boleh dikatakan "man's pride"yg tersembunyi dlm setiap diri laki2. iaitu "1 shot at 1 time". contohnya ; si kasim salamat ni pernah meminta ingin berkahwen dengan minah senget. akan tetapi, minah senget menolak kerana sbb tidak bersedia, ikhtilat sifar,tgh pms, bapak tak bg dsbnya.
maka ( ni la part rahsianya), si kasim tidak akan sekali2 meminta lg kepada si minah walau seribu tahun lama lagi, sehinggalah si minah tu sendiri yg cakap sekurang2nya,"sy dah bersedia".

nampak tak apa yg sy cb sampaikan?

1 lg contoh; si folan meminang kepada folanah yg merupakan kawan kepada jenab yg sebenarnya menyukai folan. mintak punya mintak , akhirya folanah menolak. maka ( ni part rahsianya lg) si folan tidak akan sekali2 mintak kat sape2 pon didalam radius diameter beberapa kilometer dr tempat kejadian. maka tinggal la jenab keseorangan cinta tak terbalas.
maka, untuk memenangi folan yg bicepnya lebih besar dari kepalanya itu, tidak dapat tidak si jenab ini lah yg perlu memulakan dahulu.

jelas istilah 1 shot at 1 time ni?

adapon 1 lg contoh: si mumu melamar sopia, adapon si sopia menolak. makanya tidak akan ada satu syabab pon dalam radius beberapa km juga yg akan melamar si sopia lg akibat penolakan tersebut karena tidak dapat tidak ter saiko,takut2 bahawa si sopia ini akan menolak lg lamaran2 seterusnya. maka tinggallah sopia terkontang kanting apesal takde org masuk minang aku walhal aku tersangat lah kiut miut?

hmm bleh paham dah insyaAllah dng contoh yg jelas dan sorih diatas.
jd apa yg sy ingin sampaikan, lelaki juga mempunyai konflik2 dalaman yg celaru! bukan senang ye kawan2 si lelaki nak masuk minang siapa2 ni. so 1 shot at a time!
jd apa salahnya, sekali sekala dua kali dua kala wanita yg memulakan dahulu sepertinya wanita agung yg tahu apa yg baginda mahu, saidatina khadijah yg melamar nabi muhammad s.a.w sebagai contoh tauladan..

adoi tak larat dah nak nulis, pensil dah patah.
mungkinkah anda seterusnya yg diabetes melitus type 0?
wallahua3lam bis9awabbb.......
(^_^)

p/s: watak2 dalam ini cerita tiada kaitan dengan yg idop dan mati. segala kebetulan harap dimaafi.
p/s : kalau nak copy, share atau sebagainya dipersilakan yg berhormat
0

cite hotttt semua kena baca sebab series penting wo :" transformers ": jangan risau pasal panjang, berbaloi baca sampai habes.

salamalaikum smua.
rupa2nya post ni tak pnah masuk blog lg. so letak sahajor la supaya dpt org lain bc pula.

yeah pasti 90 % penduduk dunia ini tahu pasal transformers.

ada optimus prime, ironhide, bumblebee, jazz, megatron, autobots and decepticon dan segabainya.

tp saya nak cerita ni bukan pasal transformers robot. tapi transformers manusia.
seperti yg kita tahu, di dunia sementara ini kita ada laki2, dan perempuan. akan tetapi, sedar tak sedar ada golongan ketiga, iaitu lelaki, perempuan, dan something in between.

yalah, macam transformers, nak kata kereta tak kereta, nak kata robot tak robot.
mcm tu lah transformers manusia ni, nak kata lelaki tapi gaya cam pompuan, nak kata pompuan tapi tough nak mampos. (ya betol transformer manusia ini mereka kadang2 lebih taff dari gua ini. siot betol )



senang bahasa melayu lelaki lembut, bapuk, pondan, dan org kampung saya panggil faggot atau sesimple fags..

ya golongan ini wujud, jangan kita buat2 tak nampak. malah semakin berkembang puak2 "feminis lelaki" tambah2 di univesiti2 di meleysia. siap ada persatuan2 lagi. siap peruntukan yg tinggi lagi. ya la, hot stuff la katakan. laki2 ni dah la sikit, yg betol2 laki2 pulak lagi sikit. alahai kesian org pempuan. laki2 nak kawen dua tiga pon tak bagi pulak maka bertambah2 kasihan org pempuan. ( metafora2 sabar2 =P)



mereka ini kalau anda perasan, ada satu tema ; "ada aku kesah?"

maka apa yg anda kata, anda perli, anda tegur, hikmah ke tak hikmah ke mereka akan katakan "ada aku kesah?" cara sebutannya ialah menaikkan sedikit hidung dan memuncung kan sedikit mulut untuk menghasilkan bunyi sengau serta menggerakkan kepala ke kanan dan kiri secara horizontal (garis mendatar) secara hot stuff. kalau nak lebih hotttt naikkan satu jari telunjuk dan kekal kan posisi tangan tersebut dan ulang resepi di atas. sila lakukan di depan cermin dan lihat lah betapa sengalnya perbuatan ini.
moral of da story is mereka takkan dengar apa yg org kata. kenapa? "ada aku kesah?" telah menjadi prinsip hidop.



uih tak boleh macam tu my friend. bayangkan tgk nanti kita mati, org wat tak kisah balik kat kita. takde sape lam dunia nih nak mandikan kita, nak semayang kan kita, nak baca tahlil, nak doakan kita.

silap2 org kais masuk lam longkang camtu je. sebab "ada aku kesah?" . hidop sekejap je darling. ntah2 eksiden ke, kita mana tahu. kena igt tu. kena kisah. tak cite kena himpit lam kubur lagi. tak cite dosa2 gosip2 umpat2 pitnah2 yg telah menjadi sebati dalam jiwa, dah jadi cam zikir harian lg. tak dengar gosip satu hari, panas telinga ai tak tenang hidop yu tau.



lg cite lebih advance serta hottt, mereka ini kadang2 bernafsu kepada laki2 jugak. haaa ni cite hottt kuasa lapan ni. ada pasangan masing2 ye nokk. high taste plak tuh. setakat faaiz hijriy tuh tak hingin hakuh da la pendek berjerawat macam hapew lg. tapi kalau dzyaa ke dqayyim hah berderau darah berkelodak nafas kena kipas kepala tanda tgh bernapsu. pendek cite,2 words, keinginan sejenis. sexually or not, makes no difference. the only difference is, u get STD(sexually transmitted disease) or not.




dan ketahuilah my friend, saya yakin dan percaya anda semua mesti pernah dengar cite kaum lut. tahu apa perbuatan mereka? mereka kebanyakannya berhubungan sejenis. yela melawan fitrah. mana2 fitrah yg tercipta pon, fitrah penciptaan laki pempuan, fitrah langit bumi, siang malam. so perbuatan mereka tetap lah melawan fitrah kaw jgn nak nafi sbb mmg tak boleh nafi. maka Allah suruh malaikat, angkat bumi, telangkupkan jelepuk atas mereka ni.


kenapa sy cita ni mcm dahsyat walhal byk lg kaum lain yg Allah tunjukkan kekuasaanNya?

lihat, bukan saya nak banding mana lebih dahsyat, semua nya dahsyat2, tapi lihat, ada kaum yg tenggelam lam laut, kena serang ngan jutaan nyamuk, gempa bumi, dan sebagainya. tapi ini kaum, Allah buat sgt dahsyat, SAMPAI MENGANGKAT SEBAHAGIAN BUMI, TELANGKOP KOP POP ATAS PALA DORANG. beribu2 tahun yg lalu. tapi SAMPAI SEKARANG ADA KESAN. LAUT MATI di Jordan. maka pikir la sendiri tahap kebesaran dosa tersebut....



astaghfirullah.

so macam manewh nieyh? ai mmg macam nieyh u know dari kecik ai tak tahu la camnew ai nak berubah ? (dgn gedik sekali)
ketahui lah.

nabi muhammad pon seorang lelaki yg lemah lembut. tapi lemah lembut nabi telah menarik beribu2 org kafir jahiliyah masuk islam.

anda bagaimana? lemah lembik anda telah menarik embolus2 makanan dari dalam perut org ke tekak sedia untuk dimuntahkan.

setelah ditelaah apa fenomena ini, ini adalah sedikit sebanyak 1 bentuk kekacauan, kekeliruan, pemberontakan jiwa.

byk bentuk jiwa kacau lam dunia ini. ada masalah kewangan, masalah negara, masalah anak2 bini, masalah nafsu kuat ske tgk benda2 tak patot, masalah awek, dan bermacam2 lagi.

jadi masalah anda ini, adalah tak lain dan tak bukan adalah another kind of jiwa kacau jugak.

so jgn risau, ya setiap masalah ada penyelesaian, setiap penyakit ada ubat, setiap jiwa kacau ada penenang jiwanya...

jgn anggap anda tiada harapan lagi..anggap lah bahawasanya ini, ADALAH SATU BENTUK UJIAN JUGA BAGI DIRI KAMU. ALLAH UJI SEBAB ALLAH SAYANG. Allah tak sayang, Allah biar saja.tp semua Allah sayang. semua Allah uji, walaupon berbeza2 ujian. MAKA LEPASI LAH UJIAN TERSEBUT, TOLONGLAH LEPASINYA, ai beg yu with shining eyes.(*_*)Y
lepasilah macam anda nak lepasi ujian2 peperiksaan biasa.
sebab apa kena lepas ujian ini?
sebab kita ada akhirat my friend. u rasa macam u hotttt atas muka bumi ini bila anda jadi transformers (walaupon hakikatnya tidak, anda hanya mampu MENEGAKKAN bulu roma) tp ketahuilah ya habibi, akhirat itu lebih hot bila kita tak keluar2 dari neraka nnt. nauzubillah.



laaa apai camnewh nieyh tak cakap2 jugak ai nak wat macam manewh? ai ni mmg lembowt lewh camnewh ai nak melawan hakikat diri ai~~~~~


bagi saya, dan saya harap masyarakat lain juga, saya menerima keadaan seorang lelaki lemah lembut ini. sebab mereka ini seperti innocent, rajin, baik hati, juruh(bahasa kelate), pembersih, kemas, pandai belajar, peramah, pandai masak sedap2 plak tu. saya berani cakap betol, mereka ini lebih baik dari mana2 lelaki macho di dunia ini. saya respek mereka.

so lembut yg tak bleh nak buat hape tu anda tayah la susah2 nak lawan. bagos sifat tu. mak mentua tgk pon berkenan sebenarnya.

tapi yg timbol masalahnya ialah, nafsu anda yg certain2 ni. tolong lah tukar sikit channel nafsu tu kearah perempuan. bila tgk laki2 hensem, tahan, naik nafas bergelodak mana pon katakan TAKNAK kepada lelaki. katakan YA kepada perempuan. ambil masa untuk belajar tertarik kepada perempuan. take all ur time in the world. slow2. jgn pernah timbol dalam diari hidop "ai taknak kahwen."
no broblem my friend. perlukan sapot dan bimbingan, saya percaya kalau anda mahu, semua org pasti hendak menolong anda.

ape yg penting?? tolong la jgn sebut ayat wonderpets tu, lawak basi siot.


apa yg penting ialah anda, mahu berubah.



taknak pon tak pela, ada aku kesah? aku kesah la sayang sebab ai sayang kawan2 dan ummat ai ni. dan jugak spesis ai yg semakin pupus. org pempuan cabar kita cakap zaman sekarang laki2 yg jadi surirumah, padahal ada berapa ketol je kes tersebut, tapi dari kedah sampai ke johor org pempuan ni ngumpat muncung mulut2 ha, ngan tokok tambah lagi, haaa sampai satu meleysia kaw org laki ni da jadi suri rumah. pale otak kaw letak kat lutut aku blajar penat2 nak jadi dokter nak bagi makan anak bini, kalau betol macam tu baik aku suruh awek aku belajar tinggi2 pastu bela aku, aku blajar masak sudeh....



jadi saya cabar mereka yg menjadi topik notes ini, dan jugak laki2 yg lain yg bajet macho, kita sama2 buktikan, itu cuma kisah dongeng.



p/s : saya mintak maaf salah silap. niat saya ikhlas. nak biar tak boleh dosa balik kat saya, nak tegor takot sensitip pulak, saya kurang paham jiwa pompuan macam mana. harap dapat terima lah.



p/s 2 : harap dapat sebarkan entry ini,anda boleh klik "share" diatas sebelah kanan, dan kongsi2 kan dengan semua friends kita. anda nak post ke mana2 sahaja saya tak kisah,cakap saja, asalkan mesej ini sampai kepada semua.
6

viva palestin!


assalamualaikum wbt.
sudah lama tak update blog, alasan yg normalnya ialah kekangan dan hidup yg busy. hehe.


disebabkan ada event yg bersejarah semalam, maka ingin saya berkongsi dgn rakan2 sekalian berkenaan isu semasa, flotilla ataupun lifeline for gaza seperti yg semua org tahu.
setelah mereka dibebaskan dari penjara di israel, mereka di bawa ke jordan. maka dikesempatan itu mereka memberi sedikit talk kepada student2 disini.


antara quote2 menarik ialah (di copy dari blog rakan http://tenaddies.blogspot.com/2010/06/barisan-sukarelawan-malaysia-dalam-misi.html)


Walaupun misi kali ini gagal, tapi kami berjaya membuka mata dunia"



"Ketika sedang merawat mangsa yang cedera, saya meminta bantuan dari tentera Israel. Dia menjawab, " macam mana nak dapatkan bantuan, ni perairan antarabangsa" (nah! Israel sendiri yang mengaku itu adalah perairan antarabangsa)"



"Saya ingatkan itu adalah peluru hidup, amat sakit. rupa2nya itu peluru getah sahaja. Mungkin ajal bukan buat saya lagi"



"Jam 12 malam, saya lihat ada 2 cahaya sedang berkelip-kelip di udara, saya pasti itu adalah helikopter2 Israel. Saya terus hantar email ke bilik berita astro awani mengatakan bahawa kapal kami sedang dikepung"


"Helikopter pertama datang. kami acukan spotlight ke arah helikopter itu. mungkin disangkakan senjata kot, terus beredar dari kapal kami. Datang pula helikopter kedua dan masa inilah askar2 turun dari helikopter"



"Di saat askar Israel turun dari helikopter, para sukarelawan peluk askar tersebut dan cuba untk buang segala senjata yang ada pada badan askar itu. Kami datang bukan untuk berperang"



"Kami ditugaskan untuk jaga kapal di dek 3. Kiranya dek 3 ni boleh dikatakan tempat yang tidak kritikal sangat. Di dek atas di mana para sukarelawan Turki berada, di situlah banyak pertumpahan darah berlaku"



"Ada yang sempat cium para syahid. Maha suci Allah, baunya sungguh wangi dari bau kasturi"



"Jurugambar astro awani dipisahkan dari kami kerana disangkakan kamera yang sedang dipegang itu adalah senjata yang diacukan ke arah tentera Israel. Kamera dengan senjata pun sudah tidak dapat dibezakan dah."



"Ketika bom2 asap dilepaskan atas kapal, subhanallah, ketika itu angin sangat kuat. Asap2 itu cepat je hilang. Kami pun tiada masalah sangat. Saya ni pulak asyik kutip bom2 asap tu dan buang balik memandangkan saya seorang sahaja yang mempunyai topeng muka. Banyak juga bom2 yang saya kutip tapi saya tak rasa letih"



"Serangan pertama dari Israel adalah melalui tepi kapal. Kami cuba menghalang mereka dengan menyembur air dengan menggunakan pili bomba. Ada juga saya lempar botol berisi air ke arah
mereka tapi tak mengenai mereka. Mereka tak jadi naik. Mungkin disangkakan senjata apa yang digunakan. padahal botol je pun"



"Ketika berjemaah Subuh, imam boleh plak baca surah panjang & Qunut lama2.. jemaah dah memang gelisah dah. Helikopter dah nak serang kapal dah tu, boleh lagi baca surah panjang. Kot ye pun, biarlah bertempat."



"Walau di mana kita berada, pastikan kita sentiasa berwudhuk. Bila dah terbatal wudhuk, teruslah memperbaharui wudhuk"



"Isu2 seperti ini kita perlu prihatin. Jangan sampai kita jadi seperti kera sumbang"



"Pernah satu ketika Syeikh dari Gaza didatangkan ke Malaysia & menceritakan situasi di Gaza pada jemaah2 masjid di waktu Subuh. Ada beberapa jemaah menimbulkan persoalan, "memang ada ke keadaan seperti itu?" ni soalan yang diajukan oleh jemaah Subuh. apatah lagi masyarakat yang berada di luar sana."



jika ingin mengikuti laporan penuh, sila ke blog rakan disini, ms.langitilahi.com.



sepanjang program semalam, sebak dadaku berkali2 hampir menitis airmata. tahukah anda apa sebenarya objektif mereka? mereka pergi bukan untuk berperang, sekadar untuk memberi bantuan basic kepada penduduk di gaza, sebuah kawasan yg dihuni manusia yg telah dikepung selama mencecah 4 tahun setengah. 4 taun bai duduk tak nampak dunia luar, tak berdagang, tak ada bank, tak ada hospital.



maka mereka ini bergerak atas pasak " kalau kami tak buat, siapa nak buat?" meremang bulu roma saya. kerana nak harapkan kerajaan, anda paham2 sendiri lah. dah 4 tahun setengah manusia2 di situ merana. dunia nampak panda nak pupus, haramkan pemburuan dan pembunuhan beruang panda. tapi bila manusia, muslim di bunuh dan disiksa sedemikian rupa, org buat tak tahu sahaja selama dah dekat 5 tahun. ada patot tak?



maka misi mereka tidak gagal, misi mereka yg sebenar adalah untuk membuka mata dunia terhadap kekejaman israel laknatullah.



pengalaman berhadapan dengan org yg tak takut mati ini mmg sangat luarbiasa. mereka pergi, kalau mati alhamdulillah. kalau tak mati kita pergi sekali lg. Allahuakbar. hebatnya. aura nya sangat luar biasa. walaupun telah melalui pengalaman yg boleh memusnahkan mentaliti dan semangat manusia biasa, tetapi mereka tetap mampu bergurau senda.





apa lg yg ingin saya tekankan ialah, kelihatan spesis2 manusia yg sepertinya condemn org yg bersemangat untuk membela palestin ni. contohnya,
" ko duk semangat2 palestin2 ni ko tu betul ke tidak?"
"sebelum ko merubah dunia ke hape,tgk balik diri ko. baik ko ubah diri ko dulu"
"alah macam la duk buat2 demo2 protes2 ni boleh ubah ape2 pon, baik muhasabah diri je"


no no no no my friend.



tergerak hati saya bila pejuang2 relawan2 malaysia itu berkata, sebarlah, bercakap lah, berjuang lah walau apa cara sekali pon, ia tetap dikira berjuang disisi Allah. makanya, biarlah org itu hendak berjuang macam mana sekalipon, bagus dari ignore buat tak tahu je, bagus dari asyik condemn org ke, bila Allah tanya nnt, bila palestin dan ummat seagamamu ditindas, apa yg kamu telah lakukan? bleh saja jawab aku dah post video youtube, maka dikira ada usaha dan perjuangan juga lah.
kalau anda condemn org2 tertentu sperti itu, so org dosa tak bleh berjihad la? nono non on ononono my friend. biarlah apa personaliti kamu, bila kamu hendak berjihad, berjihad lah my friend. ada barakahnya insyaAllah.




justeru, saya seru rakan2, bangkit lah semangat jihad, intifadha dalam diri rakan2 sekalian, jangan jd seperti kera sumbang, katak bawah tempurung, dan mengata dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih.
wallahua'lam =)



p/s : byk yg boleh diceritakan, tp biasalah, dekat nak exam ni, sy seru juga rakan2 doakan saya dan rakan2 yg lain berjaya dalam peperiksaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...