Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

0

takda new post ka apai??

salamualaikum... sabar, tunggu dan lihat. sekrang wa sangat bizi , nak exam round ke dua kat sini.
walaupon exam cam senang soklan objektif saja sampai mati, tapi takdak la senang pon, skali kita salah teka, satu markah kita hilang. so art of guessing kena pandai hehe..
banyak la ang nanti nak jadi dokter camna?? otak blank grad jadi dokter main teka ja gigi mana method apa nak cabut gigi org :P

sekarang idop ini pon masih lagi sedang diperbaiki.
kenapa?? ada masalahkah??
tak.. sendiri cari masalah, sendiri pening, sendiri jahanam..

apa masalah aku sekarang??
masalah2 yg dihadapi oleh ampir semua kawan2 kita ni jugak, cuma aku adalah sedikit kronik..
hedonisme. keinginan berhibur melebihi keinginan terhadap ilmu, buang masa, lagha, muvie, games, internet, ym, chat, dan sebagainya.
semua ni membuang masa yg Allah bagi kat aku utk study, sementara masih ada sia2 saja dibuang..
aku nak minta bantuan kawan2, tapi diri sendiri pon aku takmaw bantu...
berapa hari aku tak gi jamiah, hati rasa bersih, sekali keluar nak gi masjid pon, tengah2 jalan dah kotor balik...la hawla wala quwwata illa billah....

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

so bagaimana harus aku berubah menjadi insan yg berada diatas haknya, sebagai harapan ibubapa, masyarakat, rakyat, dan negara ini??
1. aku kena bantu diri sendiri
2. bangun dari mimpi2 yg tak indah mana pon
3. sedarkan diri ini comanya pinjaman yg Allah tugaskan utk beribadah kepadanya, nyatanya aku gunakan utk diri aku sendiri melebihi-Nya
4. perlu ada "force start", alhamdulillah elaun JPA dah masuk (^_^)Y
5. berusaha menjadi lelaki yg soleh dan menjadi sepertimana diperintahkan Allah qawwaamun ala nisa..


sekian, terima kasih Y(@_@)Y


kira aci la, ini sebenarnya untuk perlu diambil ihtimam oleh semua ya, renung2 kan dan selamat beramal (#~_~)Y
0

apakah main tag2 ni cam polis sentri lak...

LIST OUT THE TOP 5 PRESENTS YOU WISH FOR:-

haku ni bukan slalu dapat adiah pon, sambut besday pon jarang2 skali , tapi satu dunia menyambut hari lahir guer tahun islam nya, siap berarak arak, ada majlis , ada tokoh lagi tuuu..cek lahir 1 muharam, time org sambut maal hijrah, itu pasai nama ada hijriy..kenal syafi3iy??hambaliy?? malikiy? tantawi? aku hijriy hehe....

1) bini
2) bini ke dua
3) tiket balik ke meleysia
4) external hard disk + ram
5)pakej percutian keseluruh tanah aran dan eropah



LIST OUT THE REASONS FOR YOUR CHOICES:-

1) sapa takmaw bini maa...hehe melawak saja, masey boley maintain dan di tahap sunat menikah. baru 19 beb lepak dulu..calon2 nya ialaaaaaah :
tunggu selepas iklan penaja...
isteri cerdik yg solehah, penyejuk mata penawar hati penajam fikiran , dirumah dia isteri dijalanan kawan diwaktu kita buntu dia penunjuk jalan...nasyid pa tataw ni tak ingat...

2) uiuiuiiuiuiiuiuiuiu *beberapa bandurah serta batata bakal melayang serta dikarate 14 kerat oleh gerakan feminis seirbid, harap maklum* (@_*)Y beace....

3) tadak duit nak baliiiikkkkkk huamhamhamaham... ceh bapuk la balik 1st year keh3....

4) wa punya laptop suda jadi cikai.....

5)mau cari ketenangan dan keagungan Allah subhanahu wataala yg masih belom sampai..


THE PERSON WHO TAGG-ED YOU IS:-
abe nadzeem

5 Impression of him:-

1) u are a champion if u can stand 10 menets when he is talking hauahahahaahah jangan maraaa nanti cepat tua


2) seseorang yg berotak luas . walaupon secara fizikal nya tak luas, tapi kalaw bab wat games, macam2 leh jadik..


3) caring. walaupon bukan masalah dia, dia tetap caring ngan manusia. walaupon baru kenal 5 bulan, dia tetap wat kek besday untuk kawan2..ehem guer pnya bulan 8, kasik coklet berkrim nya ek..

4)soal hati, mana wa taw hati dia ma. its not my job to decide people.walaw beliaw slalu dipandang serong oleh masyrakat kerana penampilan nya yg aneh dari manusia lain, tapi wa jugak tataw nak tulis apa kat sini kah3...(@_@) beace kaman marra


5)i dont understand him and i dun want to, becoz a friend doesnt need to
be understood, juz be friends!

MOST LOVED INVENTION
my mum?? she is sihat walafiat hehe...duk suh cari menantu plak dah sabaq sat neh.....

WHAT DO YOU DESPISE THE MOST:-

penipu, pengawek banyak, pembalak banyak , playgirl, playboy, pengikhtilat kuat(yg songsang dan tidak berfaedah),gay yg selalu meraba2, serta beruk2 dijalanraya...


THE PERSON I WANT TO TAG IS:-


no body, thanx for ur time, juz doing what so called "tagged" hehe..
2

HiPOkRit vs HIpOkRIT

assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh ..
apa khabar? pahabaq? pekabo? kefak shu loonak shu akhbarak?
suma sehat ya Alhamdulillah..
kali ni, wa maw cita gerangannya hipokrit ini, apa sbenonya hipokrit ni, kategori2 manusia yg terlibat, dan sebagainya.
tujuan sy menulis ni, bukan la untuk menyembur dan memfire mana2 pihak atas sebab event2 dan eksiden2 tertentu, bahkan tidak pula mengumpat lagi memfitnah mana2 pihak, tapi ini sebagai penerangan dan musabab untuk tidak mengejudge a book by its cover...kulit lawa lincin manis berseri tak semestinya isi bukunya cemerlang, kulit hodoh kucai masam berjerawat bersemak samun tak semestinya isi tak cemerlang, soh??

apa itu hipokrit??

hipokrit ialah suatu keadaan manusia, yaa manusia keldai dan unta tiada kaitan ya kawan2, dimana manusia tersebut merupa ataw memperlihatkan manusia yg lain keadaan yg bukan dirinya sendiri. "keadaan diri yg sebenar seseorang adalah ketika mana dia berada diatas tikar sejadah"; kenyataan ustaz nuruddin marbu albanjari almakki dimana beliaw mengatakan disaat inilah, manusia menjadi dirinya yg sebenar dimana tiada seorang pun yg dapat menafsirkan keadaan dirinya(khusyuk ke tak etc) melainkan dirinya sendiri dan Allah jualah yg maha mengetahui... jelas??


kategori2 hipokrit

1. hipokrit jahat: hipokrit yg selalu kita dengar dan praktikkan.
depan makbapak bukan main baik lagi ko anak toat ngan kawan2 ngan awek pergh macam syaitoonirrajim..
depan kawan2 dia masyaAllah macam malaikat, dakwah sana sini tapi ngan makbapak main pijak2 tengking tengkang derhaki derhaka jaa..
ini antara contoh2 hipokrit yg jahat. di depan org dialah pendakwah, kunun pejuang,jubah meleret2, serban berputar2, pencegah kemungkaran tapi belakang dia la bapak kemungkaran bila duduk sorang2..sendiri paham la kalaw duduk sorang2 kalaw dalam bilik air pulak dengan enviroment yg lain, lain lagi ceritanya paham2 la yee....uih contoh ni contooh...
depan org dia lah AJK/MT kempen ikhtilat sifar tapi dibelakang awek ber tan2, tak bertan2 satu pun jadi la, haram jugak tuuu slagi takdak ikatan yg sah, sah??.. uih ini contoh beb contoh rilek ar brader (@_@)Y beace men beace....


2. hipokrit baik: ayik ada ka ini macam?? setau aku takdak istilah ni dalam kamus idopku??
so menatang apakah hipokrit baik ni ha??
dia berpura2 seperti rock2 ja dengan kawan, biasa2 ja pakaiannya seluar jeans baju biasa2 setara menutup aurat, takdala berjubah2 berserban2 tiap2 hari dan sebagainya...
tapi tahajud tak penah tinggal walau seminggu sekali, solat2 sunat selalu diamalkan, dosa2 kecil dan besar sentiasa dijauhi, siang dia raja ketawa dengan rakan2, malam dia raja menangis antara dia dengan Allah.
walau segala macam tohmahan dilemparkan yg tidak dia lakukan,
dek kerana penampilannya disisi manusia yg biasa2 sahaja, *org kata tak alim la senang* maka beliaw dipandang serong, tidak dapat diberi amanah, tableh percaya, ni awek mesti berkilo2 punya ni, dan sebagainya serta sebagainya..baik kita bagi amanah kat org yg nampak cam bleh percaya ni. haaaaa itu dia ya itu dia, never judge a hempon by its casing men....

saya bawakan satu kisah sahabat nabi kepada anda, Ibnu sirri..
di siangnya, beliaw adalah seorang yg ceria, kelakarnya tak pernah mengeringkan gusi sahabat2 yg lain, sedang beliaw sendiri seorang periang yg suka ketawa, keadaan kurang ceria dan sempurna dgn ketiadaan dia.
tapi dimalam hari tiada seorang pun yg sangka, malam harinya dipenuhi dengan tangisan2 syahdu dan kerinduan terhadap Maha Esa, disaat manusia2 lain tidur dengan nyenyaknya melayani karenah mimpi yg tidak realistik, beliaw pula melayari bahtera keinsafan, hanya antara dia dan Tuhannya, tiada yg lain mengetahui...


so apa yg aku nak sampaikan dalam cita ni ar??
never judge a book by its cover men!!
ialah kita jangan sekali2 mentafsirkan seseorang itu dari segi pandangan kita sahaja, org kedah kata tak try tak tau..ataw org kampung saya kata " u never know what u never try"..
siap dengan bangganya " sekali aku tengok budak ni dah taw dah budak ni jahat, sekilas ikan di air,sudah tahu jantan betinanya.." aicececececeewah bersandiwara tahap tapir 1st class tuuuu...
so kronologinya akan jadi begini:
bermula dengan first impression, judging a book by its cover ---> timbullah sukzon (bersangka buruk) ---> maka mula menyiasat ataw memerhati dengan serong----> maka lahirlah fitnah, umpatan yg tidak berasas, dan sebagainya..
so ini boleh melahirkan sesuatu yg lebih serius, menanam saham yg tidak disedari di akhirat, seperti merasakan dosa itu macam lalat yg hinggap dibajunya, sedar ditepis tak sedar dibiarkan, ala lalat je pon kan...

sekali lagi ditegaskan, artikel ini tak ditujukan kepada siapa2, cuma untuk menyedarkan masyarakat melayu kita ini yg selalu menilai seseorang dari paras rupa dan tindak tanduk luaran, seperti jugak kita yg selalu jaga tepi kain org, kain sendiri terselak.. tidak lupa juga kepada mengumpat dan memfitnah, dengan niat ataw tidak, sengaja ataw tak sengaja.
maka selalu2 kan diri untuk meminta maaf serta memaafkan orang lain..

maka hipokrit mana satu yg anda pilih???

renung2kan dan selamat beramal (^_^)Y


p/s: maaf jika ada siapa2 terasa, artikel cuma sekadar artikel mengingatkan, contoh cuma sekadar contoh menjelaskan, saya juga tak lari dari masalah ni, dan saya percaya anda juga tak lari dari masalah hati yg keji ini, soh?? so ambillah manfaat ye!! towards a helathy hearted malaysian!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...