Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

0

MEGA PROJEK : Soal Hati <3

salamualaikum.........
shu looonak?? fuh lama bebenor tak hupdate blog ni..kata blajar perubatan(gigi) bajet sebok la kan hehe..
hoh??amenda mega2 projek plak ni pai? yupz..ini projek yg mega(besor), akan ada beberapa siri dan episod2 serta epilog2 utk menerangkan soal yg nampak cam kecil ini ,akan tatapi luas... tajuk yg cam jiwang plek ja tapi ini bukan sesuatu yg harus diremehkan...


"SOAL HATI"

tayb, apa sebenarnya hati ni??
sbenornya, org melayu ja cakap hati ni hati, org arab cakap "qalbun"(jantung), org putih cakap "heart" . kalaw hati ni, org arab cakap "kabdah", org pth cakap " liver" . so pa kejadahnya org melayu ni muahaha..mungkin utk menyedapkan konteks ayat, seraya lebeh menjiwangkan keadaan :p
cuba kita try ,
"aku cintakan mu sepenuh jantung.."
"jantungku hanya milikmu."
"aku benci budak ni, sakit jantung tol !"
"berjantung - jantunglah dijalanraya" wkaka
takpon,
"i luv u all my liver..."
muahaha kompem tak sedap malah membrutalkan keadaan =P
makanya, dalam konteks sebenar, hati ini secara komersialnya ialah jantung tersebut..

luasnya dan penting nya soal hati ini diterangkan Rasulullah SAW dalam hadis yg bermaksud:
"
dalam badan manusia ada seketol daging, jika ia baik maka baiklah keseluruhannya, jika ia rosak maka rosaklah keseluruhannya..." sahabat bertanya apakah itu, kata Rasulullah,: " itulah "qalbun"(jantung[hati]) "

itudia!! betapa pentingnya hati ini, bagaikan raja dalam sebuah kerajaan (dulu2 =P ), kalaw raja itu baik, bersih, mantap, sihat dan subur maka cemerlang gemilang terbilang lah negara tersebut. kalaw raja itu pulak lembap, kotor, jahat, busuk, kaki tido, maka musnahlah negara tersebut...soh??
begitu lah peranan hati ini..
kerana di hati ini lah tempat bertakhta nya nafsu, tiada seorang pon terlepas dari memilikinya, sama ada nafsu itu adalah raja di hati, ataupon iman adalah rajanya.. siapa yg dapat 'mengundi' utk itu??? anda sendiri ! anda ada kuasa utk meletakkan iman sebagai rajanya, akan tetapi nafsu yg menjadi pembelot negara ini akan tetap mengganngu dan terus masuk dalam penamaan calon utk menjadi raja. kalaw iman itu lemah, maka nafsu akan bertakhta, kalaw iman kuat, maka iman akan terus bertakhta..
dan ingatlah!! nafsu itu susah untuk lemah, kerana ia ada penyokong kuat, yg akan menyokong terus menerus tanpa putus asa, walaupon tahu akan kebenarannya bahawasanya dia salah dan jahat, itu lah syaitoonirrajim..musuh,.lawan yg slalu kita jadikan kawan!!


kategori2 hati

1. Hati Sihat

kategori ini ialah kategori paling best. hati yg sihat ialah hati yg sentiasa diredhai, sentiasa meletakkan iman sebagai rajanya, sentiasa bergetar pabila disebut nama Allah, disaat berzikir ia sayup sayu. bersihnya hati ini sentiasa bersangka baik dengan manusia, tidak mahu mengumpat mengeji serta mencela. hati ini juga sentiasa mahukan kebaikan dan juga sentiasa menolak kemungkaran..subhanallah cemerlang ini macam punya org kalaw mempunyai hati yg sihat dan subur dengan kewangian ini.....

2. Hati Mati

kategori ini adalah yg paling busuk. golongan ini akan sentiasa menolak kebaikan, dan menuju kearah kemungkaran. jangan duk kata pa dah kat hati cam ni, sbb org yg mati tidak dapat mendengar kata. aku dunia aku, kau dunia kau, kau cakap apa pedulik hapa haku. jangan aku bahgia di dunia aku, akhirat2 kau jangan sebut aku taknak dengar...(bukan aku tak percaya, cuma aku taknak dengar)...ya ini lah hati mati, hidupnya sentiasa dibelenggu kemungkaran. kemungkinan utk menghidupkannya kembali hampir kearah 0.0 %...


3.Hati Sakit

bukan sakit hati ya kawan2..ini lah kategori hati yg paling tragis!! kalaw org sihat alhamdulillah, kalaw mati ok la mati masuk kubur tanam tapi org sakit ni la masyaAllah kejap dia sakit kejap dia sihat kejap dia orait kejap dia cam nak KO arini masuk hospital esok dia keluar lusa masuk balik..
maka ini adalah kategori yg paling tragis!! yg kebanyakan kita manusia ummat islam mengalaminya.. hari ini ku bertaubat, menangis segala dosa, esok aku lakukannya lagi. qiamulail di keheningan malam basah sejadah dengan tangisan sok petang tersungkur bermaksiat lagi.
hati ini bukan jahat, cuma sakit berpenyakit!! aku taknak kepada kemungkaran2 ni, tapi bila dia datang aku tak dapat nak tolak.... aku nak jadi baik sihat slalu, tapi aku jarang seraya berat sekali lakukan kebaikan walau aku diberi ruang dan peluang(ayat naqeb [nama sebenar])

maka sakit itu dari penyakit, penyakit yg boleh sembuh dan serang kembali. maka apa kah penyakit2 hati??? setahap manakah keseriesannya??? apa yg mampu kita lakukan??

nanti kan jawapannya!! pada siri2 akan datang insyaAllah....

renung2 kan dan selamat beramal (^_^)Y

ana alfaqiiru fiddin,
wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...