Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

1

finding the lost jihad

assalamualaikum ya halak..

wallah yu3thikumul 3afiah..

apa khabar sahabat2 semua moga sehat2 slalu di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya.

sori la ya lama tak menulis, takut2 mungkin ada yg rindu..

almaklum, bahawa sy sedang memulakan sem baru,sem musim sejuk untuk tahun ketiga bagi sesi pengajian 2009-2010 ini. masyaAllah beratnya tak terkata. seolah2 kobotta(mesin pembajak sawah) nak masuk gear satu utk membajak sawah bendang padi yg 100relung luasnya.
tambah pulak baru2 ni balik raya dengan family dirumah.


sekarang walaupon dah lebih kurang 3 minggu pengajian sy masih lagi terbuai2 cendol pulut yg kempunan, pulut durian masih lg berbau dimulut, nasik lemak masih lg lekat di celah gigi.. apatah lg kekasih hati yg ditinggalkan di tanah air, bg yg ada la , bg yg tiada seperti sy ini bole la tahan. hehe



tatkala itu aku teringat, setelah bermimpi sesuatu yg mampu menyemarakkan semangat, aku teringat tentang kisah2 perang uhud. yg kita tahu sebelum ini mungkin hanya sedikit. sebenarnya byk side story yg membakar semangat jiwa2 yg hidup.

satu kisah tentang perwira front liner (barisan hadapan) rasululullah, tanker sejati, si Abu Dujanah.


seketika saat2 akhir kira2 1 jam sebelum peperangan bermula, Rasulullah s.a.w bertanya kepada para2 mujahidin disitu, dengan segenggam pedang yg siap
dihunus, tanya nabi : "siapakah yg mahu mengambil pedang ini?"


para sahabat pun berkata : " kami semua mahu mengambilnya!"


rasulullah bertanya lagi ; " siapakah yg mahu mengambil pedang ini akan tetapi dia harus menunaikan haknya?"


Abu Dujanah bertanya: "apakah hak pedang itu?"


rasulullah menjawab :" hak pedang ini ialah engkau harus menebasnkannya kepada org kafir sehingga bengkok"


kemudian Abu Dujanah mengambil pedang tersebut sambil mengatakan kesediaanya

sambil melantunkan syair :

aku lah org yg mengambil perjanjian

Dari seorang kekasihku, untuk maju ke medan tempur

Aku tidak akan berada selamanya di barisan belakang

Aku akan bertempur dengan pedang Allah dan rasul-Nya.



k
emudian
Abu Dujanah bertempur dengan penuh keberanian menebas pihak musuh dengan pedang tersebut sehingga pedang tu betol2 bengkok. kemudian dia kembalikan pedang yg telah bengkok itu kepada Rasulullah s.a.w.
tudia pedang nabi bengkok mera bhai. bukan sebarang kepala tak putus bleh buat. lihat lah semangat jihad para sahabat ketika itu. tatkala berderau darah2 wangi rindukan syahid mereka bertaburan berjuang bersama2 para malaikat yg turun dari langit utk turut serta berperang.

kito ni guano??



banyak lagi kisah2 sahabat nabi yg boleh dijadikan teladan. boleh meningkatkan semangat utk terus berjuang. kalau ada masa dan permintaan bleh kita cerita. baanyak lagi. yg penting moral of this story, gua tamau lu pikir
sendiri, tapi gua mau kita fikir sama2


kita berjuang bai. bukan saja2 belajar susah2 nnt tua leh dapat duit byk.

kita ada pikul bisikan amanah ibubapa ditelinga kita sebelum terbang sini.Apa yg penting? bukan kerja sama seperti wonderpets.

yg paling penting ialah amanah Allah sebagai khalifah dimuka bumi ini..

wah sudah ada naik sikit semangat.

takbir!


psp : sy malas nak cakap berapi sangat, takut2 cakap tak serupa bikin. mau berapi tahap stesen petronas terbakar pon boleh sebenarnya. huhu.
ps three: juga malas ckp berbunga2 lebih2, takut2 sukar dipahami masyarakat umum.

2

buat jahat dalam bulan puasa??




wangs upong a taing(once upon a time dalam basa tganu)
"apai aku nak tanya ang ni.."
"awat ang tanya aku bahawa nak tanya aku ni..nak tanya tanya terus la wat penat aku nak tulis lam blog ni.."
"haa kalau kata syaitan tu kena ikat lam bulan ramadhan, kenapa ada jugak manusia buat jahat??"
"mana ang tau manusia wat jahat bulan posa, ang wat jahat ka??haa berkantolan.."
"dak2 la..maksud aku, ada la sesetengah manusia minum arak lg, berzina lg,tgk blue, berdisko lg, kalau ang pusing aloq staq pon cukup la pakai seksi2..pahala puasa tinggal suku saja.."
"haa betoi la tu.."
syaitan ni kawan2 seperti yg kita tahu, depa kena ikat bulan puasa ni. so kenapa ya manusia still wat jahat. tak yah tgk org, tgk kita sendiri.
kenapa kita masih bleh ngumpat org rata2 ceruk lg? kenapa kita duk tgk benda2 tak ketahuan yg merosakkan mata dan minda? macam mana kita boleh wat dosa2 lain lg...kalau nak ikut tak ada syaitan ni, alquran tu sehari bleh khatam ye dok?

haa sebenarnya dalam badan kita ni ada benda yg lagi kuat dan lagi durjana lg berpengaruh dari syaitan. iaitu NAFSU.
kalau syaitan ni pengaruh dia macam keta waja, nafsu ni ibarat pajero. kalau syaitan ni macam gunung keriang, nafsu ni macam gunung everest..ya kawan2. syaitan takkan tinggalkan kita begitu sahaja selama satu bulan tanpa pengaruh dia. kita berpuasa 1 bulan tp mereka training nafsu mazmumah kita supaya menguasai diri, merajai hati selama baki 11 bulan.seolah2 spm lah, study 11 bulan, spm 2 minggu. insyaAllah cemerlang lah.
nah tak mustahil bukan untuk kita melakukan kejahatan lam bulan posa ni? tambah pulak Allah menutup semua pintu neraka dan membuka seluas2 pintu syurga. "ini sudah cukup bagos. kira nya aku wat jahat aku tak masuk neraka la bulan puasa ni.. muahahahaha"

korok mung tbeloh lapang! (tengkorak anda terbelah lapan)


kenyataan tersebut adalah untuk kita ummat muhammad berkenduri pahala. bukannya kenduri dosa. alangkah ruginya kita, peluang satu bulan sahaja Allah wat SALE 100% untuk koreksi diri, menambah timbangan pahala sementara masih mampu untuk bernafas di muka bumi ini.
andai kata ini ramadhan terakhir kita, boleh kita bayangkan di alam kubur nnt betapa menyesalnya kita kerana membiarkan ramadhan kali terakhir itu berlalu begitu sahaja seperti bulan2 yg lain. tanpa berpesta pahala, setakat puasa, tak tambah bonus2 yg lain seperti solat sunat, baca quran, sedekah dan lain2 lagi.
uii rugi2..
9

cerita tentang masa lalu

pantun dua kerat :::::>
ini entry bahasanya molek,
jangan rasa pelik :P
kali ini, saya mahu anda tundukkan kepala. rebah diatas kedua lengan anda.
haha stupid gila kalau anda tunduk macam mana nak baca entry ni.
cuti dah nak habes.
was it worth it? it worth a penny under the carpet.
akan tetapi dalam sela masa itu aku sempat menundukkan kepalaku. sembam atas meja.
air mata seperti hendak mengalir.bingung.kenapa?
i would'nt wipe out my tears because not all tears is an evil.
aku terkenang kembali zaman Allah ta3ala mengurniakan2 nikmat2 kepada hamba kerdilnya yg mmg kerdil ini. bagaimana mudahnya Dia memberi dan bagaimana mudahnya Dia menarik. Allahuakbar..
aku hanyut dibawa mimpi. mimpi yg realiti. nostalgia yg bernoktah.
aku terkenang satu masa dulu aku memimpin satu batalion wira2, berbekalkan seketul torch light, sebuah kompas, dan sebilah parang, aku memimpin ratusan rakan2 seperjuangan meredah paya, duri onak dan ranjau, parit gunung ganang semua diredah. setakat wadi mujib tutup seblah idung pon boleh lepas kalau hendak dibandingkan dgn cabaran sehari suntuk ketika itu. aku juga mampu mendayung rakit serta kayak sekaligus merangkul kemenangan serta memecah rekod kem yg tak pernah menang sebelom ini. sukan air adalah sukan aku.

oh aku terkenang dizaman aku seorang pemidato. seucap aku setangis ribu. satu gurauan bergoncang dewan. kata2 semangat menjadi hangat. ratusan jemputan untuk menjadi fasilitator program2 syahsiah. puluhan menjadi pengarah kem bina insan.
pernah aku memberi ceramah berturut2 untuk tiga bulan.
pernah aku merubah penunggang arak, penzina, penyangak, penyamun, penagih kepada
manusia lebih berguna. aku dapat melihat realiti kehidupan sebenar. tersedar aku di awang awangan kehidupan biah solehah yg senantiasa aku duduki.

teringat pula aku seorang pendebat. walaupon aku tidak suka bertekak, akan tetapi desakan org ramai aku terpaksa mewakili sekolah. school debator as we say it. english bai. even though im not the best speaker in the world, still its not that aweful.

aku teringat aku seorang pemimpin. yg disegani yg dihormati. tak pernah ada yang tak suka. walaupon ada yg dengki durjana, asalkan aku berada atas landasan aku takkan undur. kerna pemimpin ini ada darahnya. "born to be a leader" org kampung aku cakap.
terkenang aku sebagai seorang pemain bola. walaupon tak sehebat christiano ronaldo, tak selincah torres, tapi aku seorang pemain bola. sekian.

aku pemain silat yg disegani. kalau tok guru tak ada aku yg memberi command.
terkenal aku dengan "twisted flying kick" di pentas lakonan.aku sebagai pengarah,penulis skrip,choreographer,dan pelakon utama. tak susah pon. cuma perlukan kerjasama, semuanya akan sempurna dan gempak.

uih usah ditanya tentang peminat. org kata la bukan saya kata muka saya ketika itu seperti fernando jose dalam telenovela rosalinda. pergh berkilo2 peminat yg sempat saya tolak "pinangan". kerana iman tebal dihati. kerna seseorang itu tidak beriman jika tidak di uji.

oh ya, suatu ketika dahulu
..........................................................................................................................

nah. sekarang?

dapat ku rasai nikmat dan kelebihan yg Allah bagi satu demi satu ditarik.
aku kini tidak lagi cergas. mudah sahaja Allah menguji.
ditarik satu ligament, aku sudah tidak lagi segagah dahulu untuk mendaki meneroka rimba.
aku tidak lagi dapat bermain bola, serta sukan2 yg memerlukan sentuhan atas nasihat doktor.(contact sports)
kalau dahulu aku seorang yg petah berkata2, kini aku ibarat pelawak jalanan.
kalau nasib baik org gelak. nasib tak baik kena maki.(metafora je beb. haha)
sunyi sepi wernicke's area di otak aku sudah lama tak digunakan untuk memproses kata2 yg bijaksana.
aku mencoret sebuah puisi nan indah pun org tak percaya aku buat sendiri. sehingga ada yg sanggup menggoogle di internet. tak puas hati mana dapat puisi2 tersebut. cari la dalam lubang cacing pon takkan jumpa.haha..
"kata2 dari hati akan jatuh ke hati. kata2 kosong akan hilang dibawa angin".

adapun aku berjawatan disini, akan tetapi jawatan aku sekadar memenuhi syarat kertas kerja. bukan lagi penggerak persatuan seperti dahulu. tanpa aku tak bergerak lancar. sekarang ada atau tiada, siapa yg peduli?
ibarat melukut di tepi gantang. seperti satu sen didalam laci.

kalau dulu ribuan mata2 memerhati kekacakan ciptaan Allah ini sekali terlalu didepan mata, sekali berucap di atas pentas, sekala mementas beraksi sketsa, kini wajah itu diserikan dgn jerawat2, rambut di ubah gaya, sudah tidak meninggi, dan hanya melebar.
ya. mudah sahaja dengan kuasa Allah ta3ala semuanya bertungging terbalik.
aku bersyukur.
jangan pelik kerana aku rasakan ini semua besar hikmahnya. jangan ingat kehidupan yg terkenal itu indah. serabutnya hanya tuhan dan sabut kelapa serta kepala adam naslan yg tahu.
kerana sabda nabi wanita itu fitnah dunia. fitnah kedua terbesar selepas fitnah dajal.
ya aku lalui semuanya. maka aku bersyukur kerana kini aku sudah tidak begitu lagi. sengaja aku botak. kerana botak itu tidak kacak. kerana botak boleh membuat kan kanak2 menangis. haha padan muka.
.....................................................................................................................................

hah. sampai ke rencana sebenar. haa panjang serta puitis tak intro tersebut kawan2?
tanya diri sendiri, tepuk batang idung, pernahkah anda mengalami situasi seperti diatas.
kalau tidak, ini lah masanya!
ini lah yg dipanggil "muhasabah".
merenung kembali. ambil mata letak ke hati. terjun dalam2 ke dalam memori.
apa salah kamu. apa kamu telah buat. kenapa ini boleh berlaku. apa yg terbaik. apa yg terburuk. apa kelebihan. apa kekurangan. apa yg kamu cintai lebih dari segala.
kemudian masa untuk koreksi apa yg mampu.
apa yg boleh aku lakukan untuk merubah serta mencorak kembali kehidupan.
pernah tak anda terfikir bahawa anda manusia paling bangsat serta tak berguna? atau sekurang2 nya anda kesali dengan keadaan diri anda sekarang ni.
ah cipan terbang betol aku pon stadi kuat jugak kenapa aku tak leh skor macam org lain?
kenapa la aku bodo sangat tak macam org lain?

kenapa la aku ni cacat tak macam org lain?
saya pernah saksikan satu scene dimana seorang bapa dan anak daranya sedang berborak. kedua2nya bisu tuli. anaknya menangis teresak2 kerana kekurangannya sebagai seorang bisu sering di ejek2 oleh kawan2nya disekolah. maka dia bertanya kepada bapanya sambil teresak2,
"why am i different from the others?"
jawab bapanya
"why....do u have to be like others?"
Ya! anda adalah anda. tiada siapa yg boleh tentukan siapa anda melainkan anda belaka.
masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing. mungkin anda belum temui mungkin nanti akan dirasa.
kerana manusia itu dicipta secara fitrahnya berbeza2 antara satu sama lain.
kalau semua org hensem, siapa yg nak jadi hodoh?
kalau semua org tinggi, siapa yg nak jadi pendek?
kalau semua suara sedap jadi penyanyi, siapa yg nak jadi pendengar?
kalau semua nak jadi doktor, siapa yg nak jadi pesakit?
kalau semua org jadi pemimpin, siapa yg nak jadi rakyat?
ya tepat sekali, tidak ada salah untuk berbeza dari org lain. takde maknenye(ayat org hot) untuk menjadi inferior just because u are different from the others.
just be yourself and you shall be grateful
.
(kecuali yg melanggar tabi3i seperti bapuk pondan gay tomboy dan sebagainya, anda harus kembali ke pangkal jalan)


ayoh! bangkit dari angan2. sedar diri beli cermin. jom kita score puas2 summer sem ini!!


oh ya lama tak cakap,

renung2 kan selamat beramal (^_~)Y
2

laporan kepada general re: paintball masacre MEP 7


releks stelah penat bermain


sniper paling ngecuk lang dunie



easy target

gogogo



fire in the hole


cik sila beri kerjasama.
apa salah saya


gaya.
mutusami.
keunggulan


komando pencen beraksi



port sniper.



foreplay.


camouflage..



pemain paling comel

.
organizer


alhamdulillah, setelah berliku2 cobaan dan dugaan kami tempuh untuk sampai ke mt breeze country club, maka kami telah selesai berperang peringkat batch. seronoknya tak terkira. padan muka siapa yg tak pergi.
berikut adalah lapora
n ringkas bergambar utk tatapan semua. team dibahagi oleh 2


team, red ribbon team
apai, matnor, shakir, anas, hakim, afiq adnan, acad khalid, mukhlis,fakhru




purple ribbon team
usop, duwang, afiq muiz, shazz, amad, shuk, hapiz, ikhwan



keputusan permainan : seri sehingga tamat permainan. team red ribbon hampir memenangi keadaan tapi apakan daya siren penamat telah dibunyikan.

kill n die

1. apai

drew the 1st blood. kill : 15 , DIe : 3 , got enemy surenderred under gun threat : usop, ikhwan. headshot 3: afiq muiz ikhwan apis, kena headshot -2 :shaz, usop.

2. matno

kill : 8, die : 3, headshot ingat sampai mati : duang. tetek shot : afiq muiz

3. usop


kill : 8, die : 4, surenderred : 1.di trick oleh apai. dia sudah tiada peluru ketika itu, ambush dan suruh surrender ketika usop hanya tinggal 2 inci lagi hendak mengambil bendera team merah. haha padan muka.

4. mukhlis

kill : 7, die : 2. high agility player serta paling macho

5.hakim



kill : 7 , die 3. walaupon kelihatan seperti "sasaran mudah", oleh kerana beliau seorang yg terer, maka tidak mati selalu.jangan main2.. hehehe..

6.fakhru

kill : 7 , Die : 5. rancang dengan apa yg ada ditangan.

7.dua
ng

kill : 6 , die : 4. kena headshot celepap kat muka ingat sampai mati oleh matno.

8.ikhwan

kill : 5-6 , die : tak terkira banyaknya. kena headshot : 3. juga di trick oleh apai yg kehabisan peluru. tapi tanak serender, nak tembak apai dah cuak akhirnya serender juga setelah beberapa pergelutan berlaku. haha.

9.shuk

kill : 2, die : 2 . sniper yg nampak pistol saja. telah menembak kameraman kerana kebosanan tembak mangsa tak kena2 ..

10. shaz

kill : 2 die : 5. pemain paling riuh rendah. berjaya menamatkan killing spree apai pada first half dengan headshot celepap di goggle.

(maaf kepada yg lain2 yg tidak mensubmit marks. tak dapat nak tulis padan muka)

yg diatas adalah beberapa screen shot dalam permainan tersebut. enjoy!
jumpa lagi di lain kali. kalau ada sumur di ladang boleh kita tumpang mandi kalau ada duit byk boleh kita main lagi. lahabau punya pantun. yallah




8

PAINTBALL MASACRE MEP7

paintball datang lagi !!
walaupon tak pernah main.
begini apa yg berlaku esok hari.

1. Tempat : mountain bridge booked at 2-3 pm.

2. Driver dan ahli :

kereta 1 : apai (prebet 1)
duang (prebet 2)
matnor ( ketua platun)
mukhlis ( comando)
syuk (sniper)


Kereta 2 : afiq adnan
apis
akim
anas
aiman yazit


kereta 3 : Shaz

afiq muiz

amad


kereta 4 : usop(commando)

acad

piek

ikhwan

syakir


3. makanan : nasik kak pah . ayam masak merah ngan sayur sayuran. harga sedinar nus.

4. yuran masuk : 17 dinar
5. sewa kereta : tertakluk kepada harga kereta. ikut korang le nak kereta camne pon.

6. perjalanan hidup : sabtu kol 9.30 pagi, para2 driver sekalian akan kluar mencari kereta di al hut tepi safeway kecuali kereta 2 di kut2 kerana sudah tua, kalau ditakdirkan tiada di safeway, kita pergi ke kut2 di balad.


kol lam kol 11 da bole gerak dengan ahli kereta masing2.

kol 1 sampai solat dulu dgr taklimat.

kol 2 main.

kol 3 tertakluk pada anda sendiri. mahu balik atau pergi berjalan2 tak balik ke apa adalah di bawah tanggungan anda sendri. nak main boling ke hape ikut suka anda lah.


* bawak la duit spare.
** bawak pakaian spare.
*** bawak @#$%A^ spare takut2 kena tembak.

yallah enjoy smua nnt exam jawab elok2..

0

apakejadah

layan~








16

syukur itu satu nikmat


Q : assalamualaikum
A : waalaikumsalam warahmatullah..


Q:apa khabar? sihat?

A: anta ni wat lawak ke serius?


Q: oh tak2.maksud ana bagaimana dgn keadaan kaki anta sekarang, dah ok ke?

A: ha tu baru soalan yg senonoh serta munasabah. alhamdulillah Allah ta3ala masih sayang kat ana. masih bagi nikmat serta peluang untuk berjalan diatas perut buminya.


Q : boleh anta ceritakan apa sebenarnya yg berlaku kat anta ni sampai bertongkat2 ni?

A: panjang ceritanya. about 3 weeks ago ni ana di sergah oleh arab. lalu bergocoh kami berdua disitu. ana bertongkat sekarang ni tapi si arab tu masih belom sedar dari komanya. nasib baik ada polis kalau tak dah kembali kerahmatullah dah si arab tu.


Q: ya rabbi. betol ke ni?

A: tak. sebenarnya ana accident ketika main futsal liga permai. akibat desakan dari peminat maka saya main bersungguh2 pula haritu. menyebabkan overspeed mengejar bola, maka dia atas line penjuru ya3ni corner saya menarik bola hantaran dari sidi kun lalu terpijak dalam keadaan 214 km sejam lalu terjatuh dan terlanggar dinding. rata2 ingat saya pengsan kerana terhantuk kepala. terima kasih kepada pusat gym felix yg membuatkan muscle2 dia bahagian belakang ana kuat lalu dapat melindungi kepala dan tulang belakang dari terkesan. makanya hanya kaki dibahagian lutut tak dapat dirasai kehadirannya. dan sy tidak dapat berdiri ketika itu.

Q: boleh berjalan tak.

A : anta ni mmg tak senonoh. dah berdiri pon tak boleh camna nak berjalan. sy didukung secara bergilir2 oleh teman2 seperjuangan yg sanggup mendukung bebanan 60 kg dibelakang mereka. hampir menitis airmata terharu ketika itu walaupon ketika ini saya sedikit hiperbola.

Q: oo.. jadi, apa sebenarnya komplikasi yg berlaku?

A: pada mulanya, sy iingatkan trauma biasa2 sahaja.mungkin malam tu juga boleh berjalan.memandangkan esok nya ada imtihan, maka ana husnuzon saja terhadap kaki tersebut. akan tetapi, secara tidak semena2 menggelupur kesakitan pada malam itu menyebabkan sy dan sidi kun serta ali chan pergi ke markaz sihi.

Q: gi markaz sihi watpe?

A: makan roti canai.

Q: u ni sarcastic betol la.tasuke tasuke

A: ye la yu tanya soalan yg hensem. mestila gi markaz sihi nak jumpa dokter. ley gong mey je.

Q: so apa yg berlaku?

A: pada mula diagnostic oleh seorang general dokter disitu mengatakan tearing ligament dan saya disuntik dibahagian yg tidak dapat disebut disini. dipendekkan cerita. selepas 2 minggu baru la saya boleh berjumpa dgn ortopedik di King Abdullah U Hospital. dan dia mendiagnostic bahawa meniscus saya yg damaged. bukan ligament. dia mengarahkan saya datang pada hari sabtu minggu berikutnya untuk membuat anthrascopic surgery. ana dah cuak cekodok dah ketika itu kata dokter arab tersebut "no broblem, minor surgery like for athelete. only one stich. we will but camera inside your knee. we see if anything damage we will rebair. if it is about anterior cruciate ligament it will be major cases and we will do major surgery. for this one we just want to see whats happening."

Q: so bagaimana?

A: dipendekkan lagi cerita maka setelah sy datang ke hospital pada hari sabtu itu, dan menjalani surgery pada hari ahad. Alhamdulillah semuanya selamat. dan pada malam itu dokter datang dan menerangkan keadaan lutut sy." this is important. your anterior cruciate ligament, so this is major cases and major surgery. we have 2 bundle in ACL. and yours, 1 is gone, 1 is good. we cant do anything about that. u must compensate with your quadricep femoris muscle. make it stronger by excercise then u can walk." mak aih, berkecamuk hatiku ketika itu.
"can i play footbal again?" "im sorry. its too early to tell." maksudnya dalam bahasa melayu tak payah main la bang oi. tinggal selai je lagi hilang pulak langsung tak dapat apa. dia juga repair damaged meniscus kat situ. meniscus ni yg antara tulang dgn tulang tu. sendi kot dalam bahasa melayu.
Q: hmm.. best tak masuk hospital? perkara apa yg paling best kat situ?

A: paling best ialah takyah masuk hospital.betol tak? tapi jika ditanya yg paling best dihospital ialah kerusinya boleh naik turun. hanya tekan button2 disitu. sekian.

Q: laa.. tu je? bagaimana pula dgn nurse? wiwit nurse arab tuu
A: oh hanya nurse lelaki sahaja disitu. tiada apa2 yg harus diseronokkan.
Q: apa pengalaman yg paling menarik atau paling buruk ketika berada dihospital?

A: pengalaman membenci budak lelaki 5 tahun yg sangat bising ketika ana tgh stadi, bengang nye setahap anda baca 15 mukasurat satu habuk tak masuk kepala. akan tetapi keesokan hari nya budak itu sangat kasihan kerana dibedah di kepalanya yg birth defect dan dia menangis2. oh sy sgt menyesal kerana membencinya semalam kerana mmg beliau layak bising kerana hari ini dia sudah tidak dapat bising.
ada lagi, ketika sudah selesai pembedahan kaki saya selama 3 jam lebih, kesan anasthesia telah hilang maka setelah sedar dari pengsan, maka ketika itu kaki ini sangat lah sakit yg tidak dapat dibayangkan oleh kata2 seperti ditikan dilutut berkali2. maka meraung aku keseorangan. " duktur law samaht duktur law samaht !" sorang2 aku menjerit sekor habuk pon wat tak tau je. maka setelah beberapa ketika ada dokter wanita memberi suntikan pain killer. maka saya pon bertenang sedang dalam mabuk2 lali lagi ketika itu. kemudian saya ditolak oleh seorang nurse lelaki yg !@#$%%^. mula2 dia tanya apa itu dalam bahasa melayu. ana cakap la "janggut".. seeeepanjang2 jalan dia gelak terbahak2 dan mengakatan " janggut anta kuwais. janggut nice" sambil tolak2 cam celaka ya3ni dalam keadaan zigzag seperti budak kecil yg bermain troli di pasar raya sambil mengeluarkan bunyi waaawaaawaa ya3ni seperti anda hendak mengusik adik kecil anda didalam troli. bangang kan? nasib baik kaki saya sakit kalau tidak dah lama ditaji kepala nurse tersebut dgn tumit ini. dia ingat kelakar sangat la boleh wat camtu kat org yg baru pas surgery? org tengah recover dari lali beb.kalau org yg baru pas surgery jantung mmg komfem mati balik saya cakap. miyyah bil miyyah.

Q: bagaimana keadaan sekarang?


A: sekarang kaki saya berbalut sebesar bola sepak dan saya tak tahu apa terjadi kat dalam tu. dan kaki saya sedang inflammed serta bengkak sebelah. besar nak mampos sehingga tak mampu hendak memakai seluar.

Q:huyyo... sepanjang persakitan anta ni sapa yg tolong anta?

A: Alhamdulillah.. ramai sahabat2 sejati yg mempunyai hati budi. dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ratusan juta terima kasih kepada sidi kun, dari sejak mula jatuh sampai la ke treatment serta appoinment2 hingga ke surgery beliau sentiasa disisi saya membantu dalam apa jua keadaan. dan juga kepada amirul fadhli yg juga sentiasa ingin membantu dan berada disisi. dan kepada shazrin ahmad yg begitu caring sehingga sanggup menyuapkan makan serta menemani sampai ke malam selepas saya surgery serta membelanja mc donald sebelom saya dimasukkan ke hospital. tak lupa juga kepada mukhlis matnor dan duwang yg banyak membantu dari segi akademik dan juga apoiment dan juga sentiasa menemani.
terima kasih juga kepada anas(air biskut), kelly(air biskut), iman, alia(biskut), maya (kotiaw goreng), mardiah(kek coklat) isot dan kak u(bubur jagung) yg datang melawat berserta makanan yg lazat2 yg membantu saya boleh makan makanan. makanan hospital adalah mukhollal, sangat senonoh kan kawan2? dan juga kepada khair dan usop yg selalu habeskan makanan dan buat lawak bodoh ketika saya sakit. dan kepada shazz yg mengiklankan di yahoogroup permai dan mep7 serta yg reply seperti kak putri atiqah nazeri , munirah dan afifah yg trut mengajak supaya berdoa.dan baca yasin. dan kepada smua yg melawat yg melawat termasuk presiden permai serta presiden mppm, bahar dan zul respectively. tanpa anda semua tak mungkin hamba Allah ini bisa teruskan hidupnya di muka bumi ini. hanya ALlah yg mampu membalas jasa baik kalian...
Q: ada apa2 harapan atau kata2 terakhir?

A: saya harap anda semua jaga lah kesihatan diri serta keselamatan ketika bersukan.
sekali hilang damge takleh repair padan muka macam saya ni. main jangan main jahat, semua tu anak org belaka, bukan anak biawak. kalau anda superstar bola berzuhudlah jadi star, kalau star turunla skit jadi pemain terkenal sahaja. kalau pemain terkenal jadi la lines man. lines man pon boleh patah gigi pe.jadi la pengutip bola aka budak melo.. Q: orait syafakallah ya habibi salamaat
A: wallah yusallimak salamaat

artikel ini berdasarkan kisah benar. berkaitan ngan hidop ngan yg belom mati. ia dibuat bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua, dan kepada yg ingin tahu apa yg berlaku.peace to all T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...