Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

3

Selamat tinggal, Makkah al mukarraamah..


salamualaikum.. shu akhbaarukum jamii3a?? malee7? al7amdulillah..
fuh setelah sekian lama wa tak update blog ni, atas permintaan ramai wa update gak ho3..
makanya ku baca smula kisah2 lam blog ni sambil ketawa sendiri, banyak cam sembang2 tazkirah makanya kali ni wa santai skit cerita kisah idop ana ketika tawaf wida3,di makkah almukarramah.
sehingga sekrang ketika ku bersolat, terbayang2 ka3bah didepan mata dengan iringan tangisan kerinduan yg sebaknya luar biasa. mungkin inilah anugeerah yg Allah berikan pada hamba2Nya yg tlah menjadi tetamuNya.

ramai jugak yg mintak wat posting pasal perjalanan idop 10 hari wat umrah di makkah dan madinah, tapi slow2 kita masukkan ya kawan2 XD kali ni saya crita satu kisah sahaja dari ratusan kisah suka duka , ujian2, ni3mat dan rahmat dari Allah ta3ala. kalaw org sebut mekah ni org jadi takut, sebab banyak khabar2 ujian2 yg menggerunkan, tak nampak ka3bah la jadi babi negara la beruk2 dijalanan la pa la ..ye dok mung! tapi takpa, nanti bila2 free ada permintaan lagi kita critakan tempuhan perjalanan penulis demi bergelar aji kecik insyaAllah......


kisah thawaf wida3( thawaf slamat tinggal)
ini mmg sbuah kisah yg sukar utk dilupakan di sanubari..
kadang2 teringat nak tergelak pon ada, nak menangis pon ada, rasa cam bengong otak dilutut itu pon ada..
kisahnya begini...
thawaf wida3 ada tujuh round semuanya.(sila baca seperti intro dragon ball)
ketika mana thawaf dilautan manusia ni, benda yg paling kena jaga itu lah, NAFSU. anda laki2?? anda kena berhadapan dengan lautan wanita2 yg cantik molek, nak apa?turki? iran? tolak bangladesh ja yg len smua comei2 blaka!! anda perempuan?? anda berhadapan dengan arab2 yg semestinya jauh lagi ensem dari kita melayu ni, termasuk bangla2 pon pempuan kita sapu skali..
dan sebahagiannya half naked(berihram). saya tak buat lawak, SERIOUS!!


tapi alhamdulillah, tanpa sebarang penipuan berlaku, nafsu saya terjaga. yg penting adalah hati itu tertumpu kepada Allah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah yg sedang kita lakukan, insyaAllah mata tangan kaki smua akan bergerak hanya untuk Allah, tersentuh terpegang terpicit apa pon tak rasa apa, rasanya sudah seperti hanya diri dengan Allah sahaja yg wujud ketika itu..
so ketika pusing punya pusing, sampai ke round yg terakhir, setelah ujian2 yg sebelum ini telah berjaya ditempuh dengan jayanya, berapa gelen titisan linangan dari mata yg sebelom ini tandus, akhirnya aku berada di round terakhir , sebelum aku meninggalkan makkah almukarramah yg tercinta ini.
tiba2, yaaaaaa tiba tiba ya kawan2, saya sedang berzikir antara rukun yamani dan hajarul aswad. zikir nya ialah rabbana aatina fiddunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqina 3azaabannaar..


PRAP!! tiba2 seorang arab perempuan dari sebelah aku menunjuk2 tangan aku, lalu dia berleter buang setengah menet dalam bahasa yg aku tak dapat tangkap, sambil mulutku masih terkumat kamit berzikir, tiba2 hantaran dilakukan oleh christiano ronaldo dari kiri dan......... GOLLL!!! satu sepakan yg cantik dilayangkan oleh perempuan arab tersebut mengenai bahagian belakang kaki aku. aku yg ketika itu masih terpinga2 apasai babun ni sepak aku ni haizzzzzz, mato lalok ataw fusha nya terbeliak mataku ketika itu, aku nak buat tak tahu tapi dia terus memanggil2 sahabat2 nya seangkatan nya, semuanya memakai purdah dan berleter2 dan menunjuk2 tangan aku...aku pon nganga lagi, terus membuka langkah 800 mempecepatkan perjalanan aku sambil wat muka innocent,(mmg innocent pon) kena plak dia panggel angkatan2 paklong2 pakngah2 dia belasah tak graduate aku huhu..

sesungguhnya aku tak tahu apa2, dalam buaian kekhusyukan antara aku dan Allah ketika itu, pada firasat taakulan ku mungkin tangan aku telah terkena bahagian sensitifnya dibahagian belakang, ataw nama saintifiknya bontot.

sesungguhnya aku tlah berusaha sedaya upaya, seriously aku pegang poket aku dan berjalan macam robot setiap kali aku bertawaf supaya tak terhuyung hayang ketika bertawaf.. akhirnya perkara yg sedaya upaya aku mengelak telah terjadi..
kalaw nak ikut keadaan tersebut adalah biasa sahaja, org tak akan perasan pon terpegang ka ter apa apa pon la, sebab lautan manusia berjalan di tempat yg sama, kecuali org yg mmg layan la.. aku tak kata pa la kat pempuan tu hehe...

maka terkontang kanting lah aku ketika itu,namun aku kuatkan jati diri ku dengan mengatakan ini mungkin adalah ujian terakhir yg diterima, sebagai ujian selamat tinggal dari Allah subahanahu wata3ala..

akhirnya, completela umrah ku untuk tahun ini, perasaan ketika itu tidak dapat digambarkan melalui kata2, blog juga tak dapat menggambakannya, deras airmata itu mengalir. sebaknya masyaAllah tabarakAllah hanya Allah yg tahu menciptakan perasaan sebegitu. sekali lagi seious, aku tak penah menangis sedemikian, disebabkan aku mempunyai penyakit tears failure yg dari kecil aku mengalaminya, iaitu tidak menangis.. walaupon aku fly kejordan, walaupon abang2 senior disekolah dulu wat muhasabah, walaupon kawan2 sebelah aku menangis sampai keluar hingus, namun aku tetap selamber membuatkan hingus kawan disebelah aku bertambah2 kerana ketensenan melihat aku slamber badak walaupon lam hati menangis. bukan tak mahu tak tak mampu. akan tetapi, ketika mana tolehan terakhir, ketika mana kaki melangkah langkahan bongsu dari bab king fahad, hati ini berkecamuk, air mata deras bak niagra falls, subahanAllah..
semoga aku dan sahabat2ku dipanjangkan umur untuk menjadi tertamu lagi pada masa akan datang. bagi yg kurang bernasib baik, dan juga akhowat2 yg harapan tinggi tapi tak bernasib baik, anda tak dilupakan, doa2 anda sentiasa bersama kami. eh doa2 kami sentiasa bersama anda, kira aci la haizz.. kawen2 la smua cepat2,kerana jihad seorang wanita itu ialah haji dan umrah..(hadis)
p/s: nanti wa wat entry pasal kawen lak (^_^)Y

bole la kot, renung2kan selamat beramal (^_
~)Y
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...