Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

2

buat jahat dalam bulan puasa??




wangs upong a taing(once upon a time dalam basa tganu)
"apai aku nak tanya ang ni.."
"awat ang tanya aku bahawa nak tanya aku ni..nak tanya tanya terus la wat penat aku nak tulis lam blog ni.."
"haa kalau kata syaitan tu kena ikat lam bulan ramadhan, kenapa ada jugak manusia buat jahat??"
"mana ang tau manusia wat jahat bulan posa, ang wat jahat ka??haa berkantolan.."
"dak2 la..maksud aku, ada la sesetengah manusia minum arak lg, berzina lg,tgk blue, berdisko lg, kalau ang pusing aloq staq pon cukup la pakai seksi2..pahala puasa tinggal suku saja.."
"haa betoi la tu.."
syaitan ni kawan2 seperti yg kita tahu, depa kena ikat bulan puasa ni. so kenapa ya manusia still wat jahat. tak yah tgk org, tgk kita sendiri.
kenapa kita masih bleh ngumpat org rata2 ceruk lg? kenapa kita duk tgk benda2 tak ketahuan yg merosakkan mata dan minda? macam mana kita boleh wat dosa2 lain lg...kalau nak ikut tak ada syaitan ni, alquran tu sehari bleh khatam ye dok?

haa sebenarnya dalam badan kita ni ada benda yg lagi kuat dan lagi durjana lg berpengaruh dari syaitan. iaitu NAFSU.
kalau syaitan ni pengaruh dia macam keta waja, nafsu ni ibarat pajero. kalau syaitan ni macam gunung keriang, nafsu ni macam gunung everest..ya kawan2. syaitan takkan tinggalkan kita begitu sahaja selama satu bulan tanpa pengaruh dia. kita berpuasa 1 bulan tp mereka training nafsu mazmumah kita supaya menguasai diri, merajai hati selama baki 11 bulan.seolah2 spm lah, study 11 bulan, spm 2 minggu. insyaAllah cemerlang lah.
nah tak mustahil bukan untuk kita melakukan kejahatan lam bulan posa ni? tambah pulak Allah menutup semua pintu neraka dan membuka seluas2 pintu syurga. "ini sudah cukup bagos. kira nya aku wat jahat aku tak masuk neraka la bulan puasa ni.. muahahahaha"

korok mung tbeloh lapang! (tengkorak anda terbelah lapan)


kenyataan tersebut adalah untuk kita ummat muhammad berkenduri pahala. bukannya kenduri dosa. alangkah ruginya kita, peluang satu bulan sahaja Allah wat SALE 100% untuk koreksi diri, menambah timbangan pahala sementara masih mampu untuk bernafas di muka bumi ini.
andai kata ini ramadhan terakhir kita, boleh kita bayangkan di alam kubur nnt betapa menyesalnya kita kerana membiarkan ramadhan kali terakhir itu berlalu begitu sahaja seperti bulan2 yg lain. tanpa berpesta pahala, setakat puasa, tak tambah bonus2 yg lain seperti solat sunat, baca quran, sedekah dan lain2 lagi.
uii rugi2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...