Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

0

apakejadah

layan~








16

syukur itu satu nikmat


Q : assalamualaikum
A : waalaikumsalam warahmatullah..


Q:apa khabar? sihat?

A: anta ni wat lawak ke serius?


Q: oh tak2.maksud ana bagaimana dgn keadaan kaki anta sekarang, dah ok ke?

A: ha tu baru soalan yg senonoh serta munasabah. alhamdulillah Allah ta3ala masih sayang kat ana. masih bagi nikmat serta peluang untuk berjalan diatas perut buminya.


Q : boleh anta ceritakan apa sebenarnya yg berlaku kat anta ni sampai bertongkat2 ni?

A: panjang ceritanya. about 3 weeks ago ni ana di sergah oleh arab. lalu bergocoh kami berdua disitu. ana bertongkat sekarang ni tapi si arab tu masih belom sedar dari komanya. nasib baik ada polis kalau tak dah kembali kerahmatullah dah si arab tu.


Q: ya rabbi. betol ke ni?

A: tak. sebenarnya ana accident ketika main futsal liga permai. akibat desakan dari peminat maka saya main bersungguh2 pula haritu. menyebabkan overspeed mengejar bola, maka dia atas line penjuru ya3ni corner saya menarik bola hantaran dari sidi kun lalu terpijak dalam keadaan 214 km sejam lalu terjatuh dan terlanggar dinding. rata2 ingat saya pengsan kerana terhantuk kepala. terima kasih kepada pusat gym felix yg membuatkan muscle2 dia bahagian belakang ana kuat lalu dapat melindungi kepala dan tulang belakang dari terkesan. makanya hanya kaki dibahagian lutut tak dapat dirasai kehadirannya. dan sy tidak dapat berdiri ketika itu.

Q: boleh berjalan tak.

A : anta ni mmg tak senonoh. dah berdiri pon tak boleh camna nak berjalan. sy didukung secara bergilir2 oleh teman2 seperjuangan yg sanggup mendukung bebanan 60 kg dibelakang mereka. hampir menitis airmata terharu ketika itu walaupon ketika ini saya sedikit hiperbola.

Q: oo.. jadi, apa sebenarnya komplikasi yg berlaku?

A: pada mulanya, sy iingatkan trauma biasa2 sahaja.mungkin malam tu juga boleh berjalan.memandangkan esok nya ada imtihan, maka ana husnuzon saja terhadap kaki tersebut. akan tetapi, secara tidak semena2 menggelupur kesakitan pada malam itu menyebabkan sy dan sidi kun serta ali chan pergi ke markaz sihi.

Q: gi markaz sihi watpe?

A: makan roti canai.

Q: u ni sarcastic betol la.tasuke tasuke

A: ye la yu tanya soalan yg hensem. mestila gi markaz sihi nak jumpa dokter. ley gong mey je.

Q: so apa yg berlaku?

A: pada mula diagnostic oleh seorang general dokter disitu mengatakan tearing ligament dan saya disuntik dibahagian yg tidak dapat disebut disini. dipendekkan cerita. selepas 2 minggu baru la saya boleh berjumpa dgn ortopedik di King Abdullah U Hospital. dan dia mendiagnostic bahawa meniscus saya yg damaged. bukan ligament. dia mengarahkan saya datang pada hari sabtu minggu berikutnya untuk membuat anthrascopic surgery. ana dah cuak cekodok dah ketika itu kata dokter arab tersebut "no broblem, minor surgery like for athelete. only one stich. we will but camera inside your knee. we see if anything damage we will rebair. if it is about anterior cruciate ligament it will be major cases and we will do major surgery. for this one we just want to see whats happening."

Q: so bagaimana?

A: dipendekkan lagi cerita maka setelah sy datang ke hospital pada hari sabtu itu, dan menjalani surgery pada hari ahad. Alhamdulillah semuanya selamat. dan pada malam itu dokter datang dan menerangkan keadaan lutut sy." this is important. your anterior cruciate ligament, so this is major cases and major surgery. we have 2 bundle in ACL. and yours, 1 is gone, 1 is good. we cant do anything about that. u must compensate with your quadricep femoris muscle. make it stronger by excercise then u can walk." mak aih, berkecamuk hatiku ketika itu.
"can i play footbal again?" "im sorry. its too early to tell." maksudnya dalam bahasa melayu tak payah main la bang oi. tinggal selai je lagi hilang pulak langsung tak dapat apa. dia juga repair damaged meniscus kat situ. meniscus ni yg antara tulang dgn tulang tu. sendi kot dalam bahasa melayu.
Q: hmm.. best tak masuk hospital? perkara apa yg paling best kat situ?

A: paling best ialah takyah masuk hospital.betol tak? tapi jika ditanya yg paling best dihospital ialah kerusinya boleh naik turun. hanya tekan button2 disitu. sekian.

Q: laa.. tu je? bagaimana pula dgn nurse? wiwit nurse arab tuu
A: oh hanya nurse lelaki sahaja disitu. tiada apa2 yg harus diseronokkan.
Q: apa pengalaman yg paling menarik atau paling buruk ketika berada dihospital?

A: pengalaman membenci budak lelaki 5 tahun yg sangat bising ketika ana tgh stadi, bengang nye setahap anda baca 15 mukasurat satu habuk tak masuk kepala. akan tetapi keesokan hari nya budak itu sangat kasihan kerana dibedah di kepalanya yg birth defect dan dia menangis2. oh sy sgt menyesal kerana membencinya semalam kerana mmg beliau layak bising kerana hari ini dia sudah tidak dapat bising.
ada lagi, ketika sudah selesai pembedahan kaki saya selama 3 jam lebih, kesan anasthesia telah hilang maka setelah sedar dari pengsan, maka ketika itu kaki ini sangat lah sakit yg tidak dapat dibayangkan oleh kata2 seperti ditikan dilutut berkali2. maka meraung aku keseorangan. " duktur law samaht duktur law samaht !" sorang2 aku menjerit sekor habuk pon wat tak tau je. maka setelah beberapa ketika ada dokter wanita memberi suntikan pain killer. maka saya pon bertenang sedang dalam mabuk2 lali lagi ketika itu. kemudian saya ditolak oleh seorang nurse lelaki yg !@#$%%^. mula2 dia tanya apa itu dalam bahasa melayu. ana cakap la "janggut".. seeeepanjang2 jalan dia gelak terbahak2 dan mengakatan " janggut anta kuwais. janggut nice" sambil tolak2 cam celaka ya3ni dalam keadaan zigzag seperti budak kecil yg bermain troli di pasar raya sambil mengeluarkan bunyi waaawaaawaa ya3ni seperti anda hendak mengusik adik kecil anda didalam troli. bangang kan? nasib baik kaki saya sakit kalau tidak dah lama ditaji kepala nurse tersebut dgn tumit ini. dia ingat kelakar sangat la boleh wat camtu kat org yg baru pas surgery? org tengah recover dari lali beb.kalau org yg baru pas surgery jantung mmg komfem mati balik saya cakap. miyyah bil miyyah.

Q: bagaimana keadaan sekarang?


A: sekarang kaki saya berbalut sebesar bola sepak dan saya tak tahu apa terjadi kat dalam tu. dan kaki saya sedang inflammed serta bengkak sebelah. besar nak mampos sehingga tak mampu hendak memakai seluar.

Q:huyyo... sepanjang persakitan anta ni sapa yg tolong anta?

A: Alhamdulillah.. ramai sahabat2 sejati yg mempunyai hati budi. dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ratusan juta terima kasih kepada sidi kun, dari sejak mula jatuh sampai la ke treatment serta appoinment2 hingga ke surgery beliau sentiasa disisi saya membantu dalam apa jua keadaan. dan juga kepada amirul fadhli yg juga sentiasa ingin membantu dan berada disisi. dan kepada shazrin ahmad yg begitu caring sehingga sanggup menyuapkan makan serta menemani sampai ke malam selepas saya surgery serta membelanja mc donald sebelom saya dimasukkan ke hospital. tak lupa juga kepada mukhlis matnor dan duwang yg banyak membantu dari segi akademik dan juga apoiment dan juga sentiasa menemani.
terima kasih juga kepada anas(air biskut), kelly(air biskut), iman, alia(biskut), maya (kotiaw goreng), mardiah(kek coklat) isot dan kak u(bubur jagung) yg datang melawat berserta makanan yg lazat2 yg membantu saya boleh makan makanan. makanan hospital adalah mukhollal, sangat senonoh kan kawan2? dan juga kepada khair dan usop yg selalu habeskan makanan dan buat lawak bodoh ketika saya sakit. dan kepada shazz yg mengiklankan di yahoogroup permai dan mep7 serta yg reply seperti kak putri atiqah nazeri , munirah dan afifah yg trut mengajak supaya berdoa.dan baca yasin. dan kepada smua yg melawat yg melawat termasuk presiden permai serta presiden mppm, bahar dan zul respectively. tanpa anda semua tak mungkin hamba Allah ini bisa teruskan hidupnya di muka bumi ini. hanya ALlah yg mampu membalas jasa baik kalian...
Q: ada apa2 harapan atau kata2 terakhir?

A: saya harap anda semua jaga lah kesihatan diri serta keselamatan ketika bersukan.
sekali hilang damge takleh repair padan muka macam saya ni. main jangan main jahat, semua tu anak org belaka, bukan anak biawak. kalau anda superstar bola berzuhudlah jadi star, kalau star turunla skit jadi pemain terkenal sahaja. kalau pemain terkenal jadi la lines man. lines man pon boleh patah gigi pe.jadi la pengutip bola aka budak melo.. Q: orait syafakallah ya habibi salamaat
A: wallah yusallimak salamaat

artikel ini berdasarkan kisah benar. berkaitan ngan hidop ngan yg belom mati. ia dibuat bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua, dan kepada yg ingin tahu apa yg berlaku.peace to all T_T
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...