Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

0

Gardenia diwaktu pagi tengahari ataw petang gardenia seswai settiap masaaa(sila menyanyi dengan riang)-TAzkirah

assalaamualaikum ya sohabat2 ku sekalian..

apa itu tazkirah??
lughatan(bahasanya) : peringatan, kememperingatkan, memperingatkan dalam bentuk kata nama.
wa istilaahan : memperingatkan org lain akan suatu hal berkaitan agama mahupon apa2 sahaja yg membina..
makanya, bagaimana harus tazkirah dijalankan?? adakah setiap hari 24 jam seminggu 7 hari setaun 365 1/4 hari??
A. ya tepat sekali!! Rasulullah tak pernah berhenti memberi tazkirah kepada ummatnya dahulu
B. tidak sama sekali..rilek ar beb tepu la palotak tiap2 ari kena tazkirah je
C. maybe..its for good people y'know, i'm not from skola agama utk bagi tazkirah ataw dengar2 tazkirah2 tafaquh2 mende nih..
D. depends..

mari kita usha hadis nabi yg dipelajari di tingkatan 2 (MMAS) dahulu :

"كان رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يتخاولون بالموعظة فى ايام"

maksudnya: sesungguhnya Rasulullah SAW meberi tazkirah(peringatan) pada 'hari2' "

maka, ditafsirkan "fi ayyaam"(pada 'hari2') itu ialah "fi ayyaam ma3duudat" iaitu pada hari tertentu.
ya! bukan setiap hari dan setiap masa! Rasulullah mengerti, dan mempunyai strategi yg bijaksana dan berkesan dalam tazkirahnya.
baginda tidaklah memberi tazkirah demi tazkirah yg berat hari demi hari, akan tetapi baginda juga meletakkan hari tertentu dan masa yg sesuai dgn keadaan time tu utk bagi tazkirah dan menyampaikan wahyu Allah..
ada masanya baginda serius tetapi tetap tenang, ada masanya baginda bergurau senda bersama sahabat2, ada masanya baginda bergurau2 serta membantu isteri2 nya membuat kerja rumah, ada masanya baginda bermanja2 dengan anak cucu baginda..bukannya tazkirah 24 jam.tapi lihat, ummat islam telah maju berkembang selama 1400 tahun lebih lamanya!!
banyak kisah2 gurauan baginda dan kebahagiaan sahabat2 bersama baginda, insyaAllah akan diselit2 pada entry akan datang (^_^)Y

so apa hikmahnya??

sebab manusia ni ada sifat bosan,jemu dan muak. tambah2 yg bersifat macho tahap gorilla zoo taiping, insyaAllah tahap kebosanan beliaw terhadap menda2 ni adalah lebih bermutusami dari yg mempunyai tahap kemacoan seperti cipan di zoo melaka. (jika anda perasan, org yg maco akan sentiasa berkata "bosan la", "bosan gile" ataw sesimpel "ceh bosan..", so mulai hari ini cuba perhatikan manusia2 maco di sekeliling anda h0h0h0(@_@)Y beace no war)
makanya *kembali kepangkal jalan* , Rasulullah yg memahami keadaan ini memberi contoh yg terbaik tentang kaedah utk melaksanakan dakwah dan tazkirah yg terbaik untuk ummatnya.
sebagai contoh masyarakat melayu di Irbid ini, Alhamdulillah kita at least ada sepuluh menet untuk menyegarkan semula iman dan islam kita pada hari ahad isnin selasa dan rabu manakala ari kames, ada kelas tafaqquh selama lebeh kurang 1 jam, dan hari jumaat sabtu cuti..
sedikit sebanyak membantu kita yg mudah lupa ni kembali kepangkal jalan..tol tak??
bukan susah pon, balik dari masjid, singgah kejap umah syafiq Ali (nama sebenar), lepak2 sambel dengar ja sheikh2 kaber kita bercakap, relax2 otak tenang2 hati busuk ni, balik sambung stadi.. taman dari taman2 syurga tuuu walaupon 10 menet malam tu, lebeh baik dari puasa seharian siangnya!!bez kan??

so apa inisiatif nya??
1.ayoh kita ke introspeksi iman(masyarakat melayu irbid)
2. luar irbid, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, tak susah sekrang ni utk mencari ceramah2 ataw tazkirah2 sekadar seminggu skali pon sudah memadai (dari takdak langsung) terutama di KEDAH, SELANGOR, KELANTAN, PERAK dan PENANG :P
3. blog ini tak akan di update setiap hari hemhem (^_^)Y ~nazeef~
4. ayoh sama2 kita mencari bekalan akhirat yg sesimpel ini, seperti membawa bekalan seniurah serta roti utk menejelajah jordan, hidup menjadi lebih bahagia!!

renung2kan dan selamat beramal (^_~)Y

ana alfaqiiru fiddin,
WAllahualam.
3

Takut untuk BERKATA2 VS Takut Org MENGATA

(dalam kelas International Global Issue *wuddia bukan main*)

"....now lets ask our malaysian critical thinker, what do u think malaysian brothers??"
prapp rasa cam lenguh tengkuk secara tiba2, buku teks yg segar yg tak pernah jenguk pon dan2 dibaca, yg takda buku teks buku nota pon jadila, secara tentiba sahaja budak2 melayu smuanya tekun serta khusyuk wa tawaddhu3 baca buku...
maka terpinga2 lah dr yg tanya tadi lantas disahut oleh tangan yg diangkat oleh Arab, arab jugak yg participate akhirnya..
jangan tipu la laki pempuan sama saja..tol tak??
kadang2 beliaw berusaha taknak bagi arab jawab, wat tak nampak ja arab angkat tangan nak suruh org meLAYU ni gak jawab, tapi masaloh nya itulaa..
SO, sebenarnya apa masalah kita melayu ini??
1. takut la nak cakap apa2 takut salah..
2. takut la nak cakap nanti apa lak org cakap capab la...bla3...bla33

tayb, persoalannya, kenapa kita harus takut sedangkan kita tahu dr tersebut adalah manusia yg makan falafil juga seperti kita, dan takda dalam sejarah JUST bahawa dr2 di just pernah memakan manusia di kafeteria dengan mengorder "wahad taalib malizi ma3a salataoh wa laban".
tak pernah ada nya!!
so, adakah kita takut apa yg org akan kata kat kita??
ya, itulah pendapat paling rajih untuk menyifatkan sikap bukan sahaja pelajar atau mahasiswa, malah seantero org melayu didunia.

tayb,
ana *ittu dia ANA tuu* bawakan satu kisah dari kisah Luqman Al-Hakim (bukan Lattepi),

pada suatu hari, Luqman Al-Hakim berjalan bersama anaknya bersama seekor keldai yg kecil.(ada riwayat mengatakan unta, dalam riwayat yg lain pula ialah kuda)
pada mulanya, beliaw berjalan manakala anaknya menaiki keldai tersebut..
setelah melewati satu kampung, penduduk disitu berkata2 "ish apa la budak tu, kesian kat bapak dia dahla tua dia berjalan sedangkan anak dia yg muda sihat lagi naik keldai..tak patot tak patot...", makanya luqman hakim trus servis bertukar tangan dengan anaknya, beliaw menunggang keldai dan anaknya berjalan..
kemudian beliaw lewati kampung yg lain, terus terdengar org berkata2 "apa la bapak dia tu, kejam betul, anak dia kecik lagi terkontang kanting dia plak senang lenang ja naik keldai..tak patot tak patot...", makanya terus luqman hakim naik keldai itu bersama2 dengan anaknya..
kemudian lalu pula sebuah kampung lagi, terdengar pula org mengumpat2 "ish kesian kat keldai tu tak senonoh betul anak beranak ni keldai kecik tu pon hantam naik sampai dua org sikit hari lagi mati la keldai tu.."makanya kedua2 anak beranak itu terus turun dari keldai dan kedua2 nya berjalan kaki sahaja sambili membawa keldai itu..
last but not least, dia lalu plak dia kampung yg terakhir ni, kemudian dengar plak org cakap " adoi la apa punya bahlul dan tak munasabah serta tiada logika la anak beranak ni, benda keldai ada jalan kaki watpe aiseymen..." agak2nya apa luqman hakim serta anaknya itu lakukan??
a. sembelih keldai tersebut lalu panggang wat bbq
b. mendukung keldai tersebut lalu membawa keliling kampung
c. hanya senyum tanpa berkata apa
d. non of the above

jawapannya ialaaah d!! kerana ceritanya hanya terhenti disitu..(@_@)Y beace~
jadi apa pengajaran disebalik cita ini?? anda sendiri dapat mentafsirkan..
bahawasanya (org kedah kata) kalaw smua nak ikut cakap org, mampoih la!!
menurut fusha, jika semuanya kita hendak menurut kata org, kemampusan lah kita..
apa hak2 org untuk menentukan jalan hidup kita??
kenapa pula kita harus menjadi inferior semata2 untuk memuaskan kata2 org??

kenapa pula kita menjadi "jagoan kampung" yg hanya bersorak2 di belakang tetapi apabila diminta tampil smua menjadi siput sedut ataw lebih malang siput sarawak??
so ini ialah apa yg dipanggil menjawab soalan dengan soalan..
anda sebagai seorang mahasiswa yg membaca, sudah tentu terasa hati jiwa dan raga serta mahukan perubahan, itupon jika anda mahasiswa..
yg diatas hanya lah satu contoh sahaja dari beribu2 contoh yg dapat kita tonjolkan sikap buruk melayu yg suka mengata org dan takut dikata ini. contohnya, jika seseorang diberi peluang utk menjawat sesuatu jawatan, maka beliaw akan menjadi inferior dgn tidak semena2,"ish nanti org kata aku mencapab plak""ish malu la nanti apa lak org kata""nanti org panggil aku tafaquh camna ar""bla3 serta bla3"..
tidakkah ini suatu yg merugikan diri sendiri, masyarakat serta produktiviti ummah islam dan negara??
dan juga kita sebagai part of da society, tidak lenguh mulutkah kita asyik mengata manusia yg tidak berdosa??
tapi tak semestinya kita takyah dengar langsung apa pandangan org..macam adala sorang kaki tido tu org sana sini sebulat donat suruh letak jawatan, dengan slamber badak celcomnya beliaw berkata "dak eh sapa kata saya nak letak jawatan takdak eh.."
"paihtu ada lagi ada lagi ada lagi.." (*_*)Y BEACE MEN BEACE~ :P

so yg baik kita teruskan, yg kurang baik itu kita henti dan jauhkan, terletak kepada timbangan akal yg matang kita ni la utk mempertimbangkannya..

renung2 kan, dan selamat beramal (^_^)Y

ana alfaqiiru fiddin,

wallahualam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...