Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

viva palestin!


assalamualaikum wbt.
sudah lama tak update blog, alasan yg normalnya ialah kekangan dan hidup yg busy. hehe.


disebabkan ada event yg bersejarah semalam, maka ingin saya berkongsi dgn rakan2 sekalian berkenaan isu semasa, flotilla ataupun lifeline for gaza seperti yg semua org tahu.
setelah mereka dibebaskan dari penjara di israel, mereka di bawa ke jordan. maka dikesempatan itu mereka memberi sedikit talk kepada student2 disini.


antara quote2 menarik ialah (di copy dari blog rakan http://tenaddies.blogspot.com/2010/06/barisan-sukarelawan-malaysia-dalam-misi.html)


Walaupun misi kali ini gagal, tapi kami berjaya membuka mata dunia"



"Ketika sedang merawat mangsa yang cedera, saya meminta bantuan dari tentera Israel. Dia menjawab, " macam mana nak dapatkan bantuan, ni perairan antarabangsa" (nah! Israel sendiri yang mengaku itu adalah perairan antarabangsa)"



"Saya ingatkan itu adalah peluru hidup, amat sakit. rupa2nya itu peluru getah sahaja. Mungkin ajal bukan buat saya lagi"



"Jam 12 malam, saya lihat ada 2 cahaya sedang berkelip-kelip di udara, saya pasti itu adalah helikopter2 Israel. Saya terus hantar email ke bilik berita astro awani mengatakan bahawa kapal kami sedang dikepung"


"Helikopter pertama datang. kami acukan spotlight ke arah helikopter itu. mungkin disangkakan senjata kot, terus beredar dari kapal kami. Datang pula helikopter kedua dan masa inilah askar2 turun dari helikopter"



"Di saat askar Israel turun dari helikopter, para sukarelawan peluk askar tersebut dan cuba untk buang segala senjata yang ada pada badan askar itu. Kami datang bukan untuk berperang"



"Kami ditugaskan untuk jaga kapal di dek 3. Kiranya dek 3 ni boleh dikatakan tempat yang tidak kritikal sangat. Di dek atas di mana para sukarelawan Turki berada, di situlah banyak pertumpahan darah berlaku"



"Ada yang sempat cium para syahid. Maha suci Allah, baunya sungguh wangi dari bau kasturi"



"Jurugambar astro awani dipisahkan dari kami kerana disangkakan kamera yang sedang dipegang itu adalah senjata yang diacukan ke arah tentera Israel. Kamera dengan senjata pun sudah tidak dapat dibezakan dah."



"Ketika bom2 asap dilepaskan atas kapal, subhanallah, ketika itu angin sangat kuat. Asap2 itu cepat je hilang. Kami pun tiada masalah sangat. Saya ni pulak asyik kutip bom2 asap tu dan buang balik memandangkan saya seorang sahaja yang mempunyai topeng muka. Banyak juga bom2 yang saya kutip tapi saya tak rasa letih"



"Serangan pertama dari Israel adalah melalui tepi kapal. Kami cuba menghalang mereka dengan menyembur air dengan menggunakan pili bomba. Ada juga saya lempar botol berisi air ke arah
mereka tapi tak mengenai mereka. Mereka tak jadi naik. Mungkin disangkakan senjata apa yang digunakan. padahal botol je pun"



"Ketika berjemaah Subuh, imam boleh plak baca surah panjang & Qunut lama2.. jemaah dah memang gelisah dah. Helikopter dah nak serang kapal dah tu, boleh lagi baca surah panjang. Kot ye pun, biarlah bertempat."



"Walau di mana kita berada, pastikan kita sentiasa berwudhuk. Bila dah terbatal wudhuk, teruslah memperbaharui wudhuk"



"Isu2 seperti ini kita perlu prihatin. Jangan sampai kita jadi seperti kera sumbang"



"Pernah satu ketika Syeikh dari Gaza didatangkan ke Malaysia & menceritakan situasi di Gaza pada jemaah2 masjid di waktu Subuh. Ada beberapa jemaah menimbulkan persoalan, "memang ada ke keadaan seperti itu?" ni soalan yang diajukan oleh jemaah Subuh. apatah lagi masyarakat yang berada di luar sana."



jika ingin mengikuti laporan penuh, sila ke blog rakan disini, ms.langitilahi.com.



sepanjang program semalam, sebak dadaku berkali2 hampir menitis airmata. tahukah anda apa sebenarya objektif mereka? mereka pergi bukan untuk berperang, sekadar untuk memberi bantuan basic kepada penduduk di gaza, sebuah kawasan yg dihuni manusia yg telah dikepung selama mencecah 4 tahun setengah. 4 taun bai duduk tak nampak dunia luar, tak berdagang, tak ada bank, tak ada hospital.



maka mereka ini bergerak atas pasak " kalau kami tak buat, siapa nak buat?" meremang bulu roma saya. kerana nak harapkan kerajaan, anda paham2 sendiri lah. dah 4 tahun setengah manusia2 di situ merana. dunia nampak panda nak pupus, haramkan pemburuan dan pembunuhan beruang panda. tapi bila manusia, muslim di bunuh dan disiksa sedemikian rupa, org buat tak tahu sahaja selama dah dekat 5 tahun. ada patot tak?



maka misi mereka tidak gagal, misi mereka yg sebenar adalah untuk membuka mata dunia terhadap kekejaman israel laknatullah.



pengalaman berhadapan dengan org yg tak takut mati ini mmg sangat luarbiasa. mereka pergi, kalau mati alhamdulillah. kalau tak mati kita pergi sekali lg. Allahuakbar. hebatnya. aura nya sangat luar biasa. walaupun telah melalui pengalaman yg boleh memusnahkan mentaliti dan semangat manusia biasa, tetapi mereka tetap mampu bergurau senda.





apa lg yg ingin saya tekankan ialah, kelihatan spesis2 manusia yg sepertinya condemn org yg bersemangat untuk membela palestin ni. contohnya,
" ko duk semangat2 palestin2 ni ko tu betul ke tidak?"
"sebelum ko merubah dunia ke hape,tgk balik diri ko. baik ko ubah diri ko dulu"
"alah macam la duk buat2 demo2 protes2 ni boleh ubah ape2 pon, baik muhasabah diri je"


no no no no my friend.



tergerak hati saya bila pejuang2 relawan2 malaysia itu berkata, sebarlah, bercakap lah, berjuang lah walau apa cara sekali pon, ia tetap dikira berjuang disisi Allah. makanya, biarlah org itu hendak berjuang macam mana sekalipon, bagus dari ignore buat tak tahu je, bagus dari asyik condemn org ke, bila Allah tanya nnt, bila palestin dan ummat seagamamu ditindas, apa yg kamu telah lakukan? bleh saja jawab aku dah post video youtube, maka dikira ada usaha dan perjuangan juga lah.
kalau anda condemn org2 tertentu sperti itu, so org dosa tak bleh berjihad la? nono non on ononono my friend. biarlah apa personaliti kamu, bila kamu hendak berjihad, berjihad lah my friend. ada barakahnya insyaAllah.




justeru, saya seru rakan2, bangkit lah semangat jihad, intifadha dalam diri rakan2 sekalian, jangan jd seperti kera sumbang, katak bawah tempurung, dan mengata dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih.
wallahua'lam =)



p/s : byk yg boleh diceritakan, tp biasalah, dekat nak exam ni, sy seru juga rakan2 doakan saya dan rakan2 yg lain berjaya dalam peperiksaan.

6 komen membina:

Nasuha said...

Salam

"bila palestin dan ummat seagamamu ditindas, apa yg kamu telah lakukan?"

ayat terbaik! :)

k.hajar said...

"pengalaman berhadapan dengan org yg tak takut mati ini mmg sangat luarbiasa. mereka pergi, kalau mati alhamdulillah. kalau tak mati kita pergi sekali lg. Allahuakbar. hebatnya."

Allahuakbar!!tiada penyakit wahan dalam diri mereka.subhanallah!

Abuka wa usratuka said...

Allahu Akbar!

Tengku Nadhirah said...

Jika ditanya nanti, apa yang kamu sumbangkan untuk mereka?

Bolehlah kita jawab ada laa serba sedikit yang kita lakukan untuk mereka.
(ishk3.. malunya nak jawab camni. bukankah mereka itu adik beradik kita juga..)

Faaiz Al-Hijriy said...

salam..thanx smua.
tak apa, jgn malu2.ada sikit lebih baik dari tiada apa2.

Anonymous said...

terbaik!!

Post a Comment

sila la komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...