Ahlan Wasahlan Ya Haalak

every words is advanced by apologies...

cerita tentang masa lalu

pantun dua kerat :::::>
ini entry bahasanya molek,
jangan rasa pelik :P
kali ini, saya mahu anda tundukkan kepala. rebah diatas kedua lengan anda.
haha stupid gila kalau anda tunduk macam mana nak baca entry ni.
cuti dah nak habes.
was it worth it? it worth a penny under the carpet.
akan tetapi dalam sela masa itu aku sempat menundukkan kepalaku. sembam atas meja.
air mata seperti hendak mengalir.bingung.kenapa?
i would'nt wipe out my tears because not all tears is an evil.
aku terkenang kembali zaman Allah ta3ala mengurniakan2 nikmat2 kepada hamba kerdilnya yg mmg kerdil ini. bagaimana mudahnya Dia memberi dan bagaimana mudahnya Dia menarik. Allahuakbar..
aku hanyut dibawa mimpi. mimpi yg realiti. nostalgia yg bernoktah.
aku terkenang satu masa dulu aku memimpin satu batalion wira2, berbekalkan seketul torch light, sebuah kompas, dan sebilah parang, aku memimpin ratusan rakan2 seperjuangan meredah paya, duri onak dan ranjau, parit gunung ganang semua diredah. setakat wadi mujib tutup seblah idung pon boleh lepas kalau hendak dibandingkan dgn cabaran sehari suntuk ketika itu. aku juga mampu mendayung rakit serta kayak sekaligus merangkul kemenangan serta memecah rekod kem yg tak pernah menang sebelom ini. sukan air adalah sukan aku.

oh aku terkenang dizaman aku seorang pemidato. seucap aku setangis ribu. satu gurauan bergoncang dewan. kata2 semangat menjadi hangat. ratusan jemputan untuk menjadi fasilitator program2 syahsiah. puluhan menjadi pengarah kem bina insan.
pernah aku memberi ceramah berturut2 untuk tiga bulan.
pernah aku merubah penunggang arak, penzina, penyangak, penyamun, penagih kepada
manusia lebih berguna. aku dapat melihat realiti kehidupan sebenar. tersedar aku di awang awangan kehidupan biah solehah yg senantiasa aku duduki.

teringat pula aku seorang pendebat. walaupon aku tidak suka bertekak, akan tetapi desakan org ramai aku terpaksa mewakili sekolah. school debator as we say it. english bai. even though im not the best speaker in the world, still its not that aweful.

aku teringat aku seorang pemimpin. yg disegani yg dihormati. tak pernah ada yang tak suka. walaupon ada yg dengki durjana, asalkan aku berada atas landasan aku takkan undur. kerna pemimpin ini ada darahnya. "born to be a leader" org kampung aku cakap.
terkenang aku sebagai seorang pemain bola. walaupon tak sehebat christiano ronaldo, tak selincah torres, tapi aku seorang pemain bola. sekian.

aku pemain silat yg disegani. kalau tok guru tak ada aku yg memberi command.
terkenal aku dengan "twisted flying kick" di pentas lakonan.aku sebagai pengarah,penulis skrip,choreographer,dan pelakon utama. tak susah pon. cuma perlukan kerjasama, semuanya akan sempurna dan gempak.

uih usah ditanya tentang peminat. org kata la bukan saya kata muka saya ketika itu seperti fernando jose dalam telenovela rosalinda. pergh berkilo2 peminat yg sempat saya tolak "pinangan". kerana iman tebal dihati. kerna seseorang itu tidak beriman jika tidak di uji.

oh ya, suatu ketika dahulu
..........................................................................................................................

nah. sekarang?

dapat ku rasai nikmat dan kelebihan yg Allah bagi satu demi satu ditarik.
aku kini tidak lagi cergas. mudah sahaja Allah menguji.
ditarik satu ligament, aku sudah tidak lagi segagah dahulu untuk mendaki meneroka rimba.
aku tidak lagi dapat bermain bola, serta sukan2 yg memerlukan sentuhan atas nasihat doktor.(contact sports)
kalau dahulu aku seorang yg petah berkata2, kini aku ibarat pelawak jalanan.
kalau nasib baik org gelak. nasib tak baik kena maki.(metafora je beb. haha)
sunyi sepi wernicke's area di otak aku sudah lama tak digunakan untuk memproses kata2 yg bijaksana.
aku mencoret sebuah puisi nan indah pun org tak percaya aku buat sendiri. sehingga ada yg sanggup menggoogle di internet. tak puas hati mana dapat puisi2 tersebut. cari la dalam lubang cacing pon takkan jumpa.haha..
"kata2 dari hati akan jatuh ke hati. kata2 kosong akan hilang dibawa angin".

adapun aku berjawatan disini, akan tetapi jawatan aku sekadar memenuhi syarat kertas kerja. bukan lagi penggerak persatuan seperti dahulu. tanpa aku tak bergerak lancar. sekarang ada atau tiada, siapa yg peduli?
ibarat melukut di tepi gantang. seperti satu sen didalam laci.

kalau dulu ribuan mata2 memerhati kekacakan ciptaan Allah ini sekali terlalu didepan mata, sekali berucap di atas pentas, sekala mementas beraksi sketsa, kini wajah itu diserikan dgn jerawat2, rambut di ubah gaya, sudah tidak meninggi, dan hanya melebar.
ya. mudah sahaja dengan kuasa Allah ta3ala semuanya bertungging terbalik.
aku bersyukur.
jangan pelik kerana aku rasakan ini semua besar hikmahnya. jangan ingat kehidupan yg terkenal itu indah. serabutnya hanya tuhan dan sabut kelapa serta kepala adam naslan yg tahu.
kerana sabda nabi wanita itu fitnah dunia. fitnah kedua terbesar selepas fitnah dajal.
ya aku lalui semuanya. maka aku bersyukur kerana kini aku sudah tidak begitu lagi. sengaja aku botak. kerana botak itu tidak kacak. kerana botak boleh membuat kan kanak2 menangis. haha padan muka.
.....................................................................................................................................

hah. sampai ke rencana sebenar. haa panjang serta puitis tak intro tersebut kawan2?
tanya diri sendiri, tepuk batang idung, pernahkah anda mengalami situasi seperti diatas.
kalau tidak, ini lah masanya!
ini lah yg dipanggil "muhasabah".
merenung kembali. ambil mata letak ke hati. terjun dalam2 ke dalam memori.
apa salah kamu. apa kamu telah buat. kenapa ini boleh berlaku. apa yg terbaik. apa yg terburuk. apa kelebihan. apa kekurangan. apa yg kamu cintai lebih dari segala.
kemudian masa untuk koreksi apa yg mampu.
apa yg boleh aku lakukan untuk merubah serta mencorak kembali kehidupan.
pernah tak anda terfikir bahawa anda manusia paling bangsat serta tak berguna? atau sekurang2 nya anda kesali dengan keadaan diri anda sekarang ni.
ah cipan terbang betol aku pon stadi kuat jugak kenapa aku tak leh skor macam org lain?
kenapa la aku bodo sangat tak macam org lain?

kenapa la aku ni cacat tak macam org lain?
saya pernah saksikan satu scene dimana seorang bapa dan anak daranya sedang berborak. kedua2nya bisu tuli. anaknya menangis teresak2 kerana kekurangannya sebagai seorang bisu sering di ejek2 oleh kawan2nya disekolah. maka dia bertanya kepada bapanya sambil teresak2,
"why am i different from the others?"
jawab bapanya
"why....do u have to be like others?"
Ya! anda adalah anda. tiada siapa yg boleh tentukan siapa anda melainkan anda belaka.
masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing. mungkin anda belum temui mungkin nanti akan dirasa.
kerana manusia itu dicipta secara fitrahnya berbeza2 antara satu sama lain.
kalau semua org hensem, siapa yg nak jadi hodoh?
kalau semua org tinggi, siapa yg nak jadi pendek?
kalau semua suara sedap jadi penyanyi, siapa yg nak jadi pendengar?
kalau semua nak jadi doktor, siapa yg nak jadi pesakit?
kalau semua org jadi pemimpin, siapa yg nak jadi rakyat?
ya tepat sekali, tidak ada salah untuk berbeza dari org lain. takde maknenye(ayat org hot) untuk menjadi inferior just because u are different from the others.
just be yourself and you shall be grateful
.
(kecuali yg melanggar tabi3i seperti bapuk pondan gay tomboy dan sebagainya, anda harus kembali ke pangkal jalan)


ayoh! bangkit dari angan2. sedar diri beli cermin. jom kita score puas2 summer sem ini!!


oh ya lama tak cakap,

renung2 kan selamat beramal (^_~)Y

9 komen membina:

abuka fiddunya walakhirah said...

sedih dan suka abi dengar..teruskan hidupmu dengan cemerlang ya bunaiya.. anta hero whatever it is.. you stil got me and family..we support you..you still have THe Almighty,WHO will give everything else you asked for, at least He will Give Ni'mah nad Bala'.. god bless you.. be good Insan

along said...

Along pon sentiasa doakan kejayaan Angah!

dulu along tak dak pon doa lepas semayang khas untuk hang.. la nama hang aku sebut dalam doa aku.. :) la tahzan! innAllaha Ma`ana..

Anonymous said...

ini jalan tarbiyah dariNya..~

Faaiz Al-Hijriy said...

syukran habibi abi wa along T_T

aleeya said...

comelnya family ko pun komen apai!!!Aku tau madahmu tadak helah...

ps: blenyer post nh laa??cuti da abes da bai

Faaiz Al-Hijriy said...

haha..
post ni 2 3 hr lepas kot.. tu ah cuti da abes. kena gi skolah balik

karomeo89 said...

oi.,.,,
eringat pula aku seorang pendebat. walaupon aku tidak suka bertekak, akan tetapi desakan org ramai aku terpaksa mewakili sekolah. school debator as we say it. english bai. even though im not the best speaker in the world, still its not that aweful.

hahaa~~.,.
i really2 rmember dat fellas.,.,,

Pemburu RedhaNYA said...

Kembalikan segala kebaikan kepada Pemilik seluruh seisi semesta.
Ujian itu tanda kasih sayangNYA..
xpernah putus dgn rahmat,
xlekang dengan maghfirah,
xsunyi dek tarbiyah.
Letakkan mardhotillah merajai segala raja di jiwa.
Kuatkan jiwa seiring keyakinan kasih sayangNYA..

Belle said...

lama x bukak blog nie.
entry nie sangat bagus.
membakar semangat.
terima kasih apai.

Post a Comment

sila la komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...